~Love Islam~

~Free Palestine~

~Qiamulail Muslimat~

Friday, September 4, 2009

Assalamualaikum wbt..



Salam Ramadhan Kareem diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat..

Moga Ramadhan kali ini menjanjikan 1001 kemanisan buat kita semua..



Terlebih dahulu suka untuk saya memulakan kalam ini dengan bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat kurnianNYA, selawat dan salam buat Baginda Rasulullah saw, kaum keluarga dan para sahabat..InsyaAllah untuk entry kali ini saya akan buat sedikit laporan ringkas mengenai Program Qiamulail dan Solat Hajat Perdana yang telah diadakan pada 20 Ogos 2009 bersamaan dengan 30 Sya'aban 1430 hijrah.



Program Qiamulail yang diadakan pada pukul 4.00pagi dan berakhir selepas Solat Subuh berjemaah ini diadakan di ruangan solat Muslimat di bahagian atas Masjid KUIS. Program ini diwajibkan kepada semua mahasiswi peringkat ijazah dari semester 1, 2, 3 dan 4 dan turut dijemput kepada mahasiswi peringkat diploma dan pimpinan mahasiswi Nisa' MPM, MPQ dan Hawa ALAM.



Saya telah dilantik oleh Ustaz Safwan bin Ahmad merangkap Ketua Unit Hal Ehwal Islam, Jabatan Pembangunan Mahasiswa sebagai Pengarah Program bagi Program Qiamulail ini, dibantu oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada naqibah-naqibah setiap kumpulan.



Pada mulanya, saya agak keberatan untuk menerima taklifan ini lantaran memikirkan kekangan masa dan pelbagai masalah lain yang sedia ada. Selepas berbincang dengan Ustaz Safwan, saya cekalkan hati dan nekad untuk membuat setakat yang termampu memandangkan masa pun tidak banyak.



Ustaz mengarahkan saya agar melantik jawatankuasa kecil dan lebih khusus bagi melancarkan Program Qiamulail ini. Saya telah merangka jawatankuasa kecil tersebut bersama sahabat saya iaitu Saudari Amalina Kamarulzaman, akan tetapi setelah difikirkan semula, adalah lebih baik tugasan ini diberikan kepada semua naqibah yang mana naqibah bertanggungjawab untuk memastikan kehadiran ahli usrah yang lain.



3 hari sebelum program bermula, Ustaz Safwan telah memberikan senarai nama naqibah beserta kumpulan masing-masing yang mana berpandukan nombor telefon yang ada saya perlu memaklumkan kepada setiap orang dari mereka tentang pertukaran tarikh bagi Program ini.



Perancangan saya dan naqibah-naqibah yang lain beserta persetujuan oleh semua ahli usrah muslimat peringkat ijazah sebelum ini, kami sepakat untuk membuat Qiamulail pada hari Khamis malam Jumaat bermaksud pada 4.00 pagi hari Jumaat bersamaan 21 Ogos 2009 akan tetapi selepas berbincang dengan Ustaz Safwan, tarikh terpaksa di tukar lantaran ditakuti pada hari Jumaat itu bermulanya 1 Ramadhan. Kata putus telah dicapai yang mana Qiamulail dibuat pada 20 Ogos 2009 bersamaan hari Rabu malam Khamis bermaksud 4.00 pagi hari Khamis.



Surat jemputan bagi Program Qiamulail ini telah saya rangka sebelum ini dan saya meminta Ustaz Safwan menyemak jika terdapat kesalahan ejaan dan sebagainya. Surat jemputan ini diberikan kepada Fellow Siswi Blok B, Blok C dan Blok D. Selain itu, pihak Nisa' MPM, MTPQ Siswi dan Hawa ALAM turut menerima jemputan ke Program Qiamulail ini.



Perbincangan saya dengan Ustaz Safwan sebelum ini agar melibatkan sekali pimpinan mahasiswi seperti MPM, MPQ dan ALAM. Saya telah bersemuka dengan Pegerusi Nisa' MPM iaitu Saudari Toyyibah yang mana kami telah merangka siapa yang akan memimpin Qiamulail pada tarikh tersebut. Hasil perbincangan kami sepakat memilih saudari Nur Fazihan Izyani untuk menjadi Imamah 1, dibantu oleh Saudari Masitoh Binti Azizan sebagai Imamah 2 dan zikir munajat dipimpin oleh Saudari Asma Hanin.



Rangkaan awal kami turut memilih saudari Nor Hafizah Hani untuk menyampikan tazkirah waktu sebelum subuh akan tetapi memandangkan tidak mahu mengambil masa yang panjang, kami batalkan tazkirah tersebut. Tempoh program Qiamulail ini bermula pada pukul 4.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.15 pagi.



Ustaz Safwan telah mengarahkan untuk mengambil kehadiran sebanyak 2 kali iaitu pada pukul 4.00 pagi dan pada pukul 6.00 pagi iaitu selepas selesai Solat Subuh berjemaah. Kertas kehadiran yang berwarna ungu itu telah saya serahkan kepada naqibah setiap kumpulan dan sempat berpesan pada mereka supaya amanah, dan bagi sesiapa yang tidak hadir perlu sertakan sekali surat alasan.



Memo telah dinaikkan dan beberapa "sistem khidmat pesanan ringkas" @ sms telah saya terima daripada naqibah yang mana kesemuanya bersetuju dengan tarikh Qiamulail yang baru. Tibalah saat yang dinantikan. Pada hari kejadian saya tiba di masjid sekitar jam 4.05 pagi yang mana kelihatan beberapa orang mahasiswi telah hadir. Mereka menanti dengan sabar.



Malam sebelum itu saya telah mengkhabarkan Program Qiamulail ini kepada fellow setiap blok supaya mereka dapat membuat pengumuman di blok masing-masing. Sambutan pada hari Qiamulail ini berlangsung agak mengembirakan walaupun keadaan tidak dapat dikawal sebenarnya. Masing-masing sudah besar dan sepatutnya sedar dan tahu akan peranan dan tanggungjawab mereka apabila berada di Rumah Allah.



Tidak perlu saya ulas panjang keadaan itu. Ada orang kata biasalah tu. Tidak biasa pada saya sebenarnya. Bagaimana mungkin kita menyamakan tempat kita bertemu dan mengadap Allah swt dengan tempat lain yang kita boleh membuat bising dan sebagainya? Kalian tentu ada jawapannya. Mohon direnungkan dan difikirkan. Masalah yang tidak pernah selesai lantaran tugasan memastikan semua mahasiswi diam diserahkan bulat semata-mata pada saya akan tetapi di mana peranan setiap individu yang mengaku MUSLIM??? Tepuk dada tanya iman masing-masing.



Seperti biasa adalah molek sekiranya saya tidak menunding jari menuduh atau menyalahkan mana-mana pihak. Sebaliknya saya melihat dari sudut yang positif dan dengan rela hati saya mengaku bahawa berlaku sedikit kekalutan, kekacauan atau kekecohan pagi itu lantaran kesalahan saya yang tidak pandai merangka program dengan baik. Moga Allah mengampunkan saya.



"Wamakaru wamakarallahu wallahu khairul makirin"..manusia merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah adalah YANG MAHA BAIK. Imamah Qiamulail seperti yang dirancang tidak dapat hadir lantaran sakit dan wujud beberapa masalah lain. Begitu juga insan yang telah ditaklifkan untuk memimpin zikir munajat juga tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tertentu. Amanah menjadi imamah telah saya berikan kepada Saudari Husni Nabilah. Moga Allah membalas jasamu.



Qiamulail yang dipimpin Saudari Husni Nabilah dimulai dengan Solat Sunat Taubat, diikuti Solat Tahajjud, Solat Hajat dan Solat Witir. Suasana tenang ketika mahasiswi khusyuk melakukan solat menyelubungi ruangan atas masjid akan tetapi setelah selesai solat berlaku sedikit kekurangan lantaran wujud segelintir mahasiswi yang masih menjadikan masjid tempat berkongsi rasa dan bicara ibarat seperti berada di pasar.



Bagi pelajar yang ma'zurah ditempatkan di ruangan bawah berdekatan tangga. Saya mengambil taklifan untuk mengawal mereka dengan sempat memberikan beberapa peringatan dan taujihad sebelum bersama-sama mereka semua untuk memimpin bacaan Ma'thurat.



Selesai solat Subuh berjemaah Ustaz Safwan mengarahkan agar mengumpulkan semua muslimat di ruangan bahagian bawah Masjid KUIS. Ustaz Safwan mahu menyampaikan beberapa amanat sebelum mengakhiri Program Qiamulail pagi itu.



Tajdid yang dilakukan di bawah pimpinan Ustaz Safwan kali ini dengan mengadakan ceramah, liqa, Qiamulail, tugasan akhir adalah tidak lain dan tidak bukan untuk membawa mahasiswa KUIS ke satu arah baru yang mana perubahan sedikit demi sedikit dilakukan seterusnya mengaplikasikan segala nilai-nilai murni yang diajar dalam Islam untuk dipraktikkan sehingga ke akhir hayat. Hasrat Ustaz Safwan biarlah program kerohanian ini diadakan selalu agar kelak ia akan menjadi kerinduan kepada mahasiswa KUIS dan fenomena Qiamulail ini tidak dipandang enteng hanya sahaja kita melakukan kerana ingin menduduki peperiksaan akan tetapi ianya akan menjadi amalan seharian hidup kita.



Ustaz sempat berpesan kepada para naqibah agar membuat laporan dan menyiapkan tugasan akhir disamping menyatakan cadangan dan penambahbaikan bagi program Usrah ijazah ini. Program Qiamulail berakhir dengan baik. Moga-moga usaha yang kecil ini diterima Allah dan semoga kita sama-sama hidup di bawah lembayung rahmatNYA.



p/s : Segala yang baik datang dari Allah segala yang buruk datang dari kelemahan diri saya hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah juga. Gambar-gambar sepanjang program Qiamulail ini akan saya post dalam entry yang seterusnya. InsyaAllah.

~Wallahua'lam~

Read more...

~Nasihat seorang Ayah Buat Puterinya yang Tercinta~

Friday, August 21, 2009

"kehormatanmu terletak di tanganmu. keruntuhan akhlakmu juga ditanganmu”
wahai puteriku"

puteriku tercinta! aku seorang yg telah berusia hampir lima puluh tahun.
hilang sudah, masa remaja, impian dan khayalan.
aku telah mengunjungi banyak negeri, dan berjumpoa dengan banyak orang

aku juga telah merasakan pahit getirnya dunia. oleh kerana itu dengarkan nasihat-nasihat yang benar lagi jelas, berdasarkan pengalamanku, yang mana engkau mungkin belum pernah mendengarnya daripada orang lain.

puteriku dengarlah bicara dari hatiku
benar bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju,lelaki itu tidak akan berani, dan andai kata bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah. wanitalah yang membuka pintu, seolah kau katakan kepada pencuri itu; silakan masuk, silakan… apabila ia telah mencuri, engkau berteriak: pencuri! Tolong…. tolong… saya dicuri.

demi Allah dalam khayalan seorang pemuda tak melihat gadis kecuali gadis itu telah ia telanjangi pakaiannya.

demi Allah begitulah, jangan engkau mudah percaya apa yang dikatakan lelaki, mereka tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. ia akan membicarakan kepadamu sebagai seorang sahabat: demi Allah ia telah berbohong!

senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kahalusan budi bahasa dan perhatian, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan. setelah itu apa terjadi?

kalian berdua sesaat berada dalam kenikmatan, kemudian engkau ditinggalkan, dan engkau selamanya tetap akan merasakan penderitaan akibat kenikmatan itu. pemuda tersebut akan mencari mangsa lain untuk diterkam kehormatannya, dan engkaulah yang menananggung beban kehamilan. jiwamu menangis, keningmu tercoreng, selama itu hidupmu akan berkubang dalam kehinaan dan keaiban, masyarakat tidak akan mengampunimu.

puteriku
cita-cita wanita tertinggi adalah perkahwinan. wanita, bagaimana tinggi pun status sosial kekayaan, populariti dan prestasinya, sesuatu yang sangat dasyat diinginkannya adalah menjadi isteri yang baik serta ibu kepada rumah tangga yang terhormat

tak ada seseorangpun yang mau menikahi pelacur, sekalipun ia lelaki hidung belang, apabila akan menikah tidak akan memilih wanita rosak, akan tetapi ia akan memilih wanita yang baik kerana ia tidak rela bila suri rumah tangganya dan ibu kepada putera puterinya seorang wanita yang tidak baik.

sesungguhnya krisis perkahwinan terjadi disebabkan kelalaian kaum wanita! krisis perkahwinan terjadi disebabkan perbuatan wanita-wanita perosak, sehingga para pemuda tidak mahu isteri. akibatnya ramai para gadis yang sudah berusia tidak dapat suami. mengapa wanita-wanita yang baik belum juga sedar? mengapa kalian tidak berusaha membanteras malapetaka ini?

kalianlah yang lebih patut danlebih mampu daripada kaum lelaki untruk melakukan usaha itu kerana kalian lebih mengerti bahasa wanita. dan kalian lebih tahu cara menyedarkan mereka

dan oleh kerana yang menjadi korban kerosakan ini adalah kalian, para wanita mulia dan beragama, maka hendaklah kalian mengajak wanita lain agar bertaqwa kepada Allah. bila mereka enggan, peringatkanlah mereka akan akibat yang buruk dari penzinaan seperti berjangkitnya suatu penyakit.

bila mereka masih membangkang maka beritahu akan kenyataan yanga ada: kalian adalah gadis-gadis remaja puteri yang cantik, oleh kerana itu akan ramai pemuda mendatangi kalian dan berebut sekitar kalian, tetapi apakah kecantikan itu akan kekal? semua makhluk di dunia ini tidak ada yang kekal. bagaimana kelanjutannya, bila kalian sudah menjadi nenek dengan pinggang bongkok dan wajah keriput? pada waktu itu siapakah yang akan memperhatikan? siapa yang akan simpati?

tahukah kalian, siapakah yang memperhatikan, menghormati dan mencintai seorang nenek? mereka adalah anak dan para cucunya ., saat itulah nenek tersebut menjadi seorang ratu ditengah, rakyatnya. duduk, di atas singghasana dengan memakai, mahkota tetapi bgaiamana dengan nenek yang lain, yang masih belum bersuami itu? apakah kelazatan itu sebanding dengan penderitaan di atas? apakah akibat itu akan kita tukar dengan kelazatan sementara?

dan berilah nasihat-nasihat yang serupa, saya yakin kalian tidak perlu petunjuk orang lain serta tidak kehabisan cara untuk menasihati saudari-saudari yang sesat dan patut dikasihani. bila kalian tidak dapat mengatasi mereka, berusahlah untuk menjaga wanita-wanita baik, gadis-gadis yang sedang remaja, agar mereka tidak menempuh jalan yang salah.

puteriku..
kami tidak minta kalian untuk berubah secara drastik mengembalikan wanita kini menjadi keperibadian muslimah yang benar, akan tetapi kembalilah ke jalan yang benar setapak demi setapak sebagaimana kalian menerima kerosakan sedikit demi sedikit.

perbaikan tersebut tidak dapat diatasi hanya dalam waktu sehari atau dalam waktu yang singkat, melainkan dengan kembali ke jalan yang benar dari jalan yang semula kita lewati menuju keburukan walaupun jalan sekarang itu telah jauh, tidak menjadi soal, orang yang tidak mahu menempuh jalan panjang yang hanya satu-satunya itu, tidak akan pernah sampai. kita mulai dengan membanteras pergaulan bebas, (kalaupun) seorang wanita menutup aurat tidak bererti ia boleh bergaul dengan lelaki yang bukan mahramnya dengan bebas dengan menjabat tangan kawan lelaki di sekolah, berbincang, berjalan seiring, berjalan bersama.

jangan lupa bahawa Allah menjadikannya sebgai wanita dan kawannya sebagai lelaki, satu dengan lain dapat saling terangsang . baik wanita, lelaki, atau seluruh penduduk dunia tidak akan mampu mengubah ciptaan Allah, menyamakan dua jenis atau menghapus rangsangan seks dari dalam jiwa mereka

mereka saling menggembar-gemburkan kebebasan dan pergaulan bebas atas dasar kemajuan adalah pembohong, dilihat pada dua sebab:

pertama: kerana mereka lakukannya untuk kepuasan diri mereka, memberikan kenikmatan-kenikmatan lain yang mereka bayangkan. akan tetapi mereka tidak berani berterus terang, oleh kerana itu mereka berselindung di sebalik kemajuan, modernisasi, hak asasi dan pelbagai lagi ungkapan-ungkapan lain.

kedua: kerana merek bermakmum pada barat, bagaikan kiblat, seolah-oleh kebenaran adalah apa yang datang dari sana, dari Paris, London, Berlin dan New York, yang berupa tari menari, pergaulan bebas di pusat-pusat pengajian, mendedah aurat di khalayak, di pantai, di kolam renag. kebatilan menurut mereka adalah segala sesuatu yang datangnya dari Timur, sekolah-seklah Islam dan masjid-masjid, walaupun berupa kehormatan, kemuliaan, kesucian dan keamanan. kata mereka, pergaulan bebas itu dapat mengurangi nafsu berahi, mendidik watak dan dapat menekan libido seksual. untuk menjawab ini saya limphakan pada merekayag telah mencuba pergaulan bebas di sekolah-sekolah, seperti Rusia yang tidak beragama, tidak pernah mendengar para ulama dan pendeta. bukankah mereka telah meninggalkan percubaan ini setelah melihat bahawa hal ini amat merosak?

puteriku…
puteriku yang beriman dan beragama!! puteriku yang terhormat dan terpelihara, ketahuilah bahawa yang menjadi korban semua ini bukan ramai orang lain terkecuali engkau.

oleh kerana itu jangan berikan diri kalian sebagai korban iblis, jangan dengar ucapan mereka yang merayu dengan pergaulan yang alasannya, hak asasi, modernisme, emansipasi dan kehidupan kampus. sungguh kjebanyakan orang terkutuk ini tidak beristeridan tidak memiliki anak, mereka sama sekali tidak peduli dengan kalian selain untuk pemuas kelazatan sementara. sedangkan saya adalah seorang ayah daripada empat orang gadis. bila saya membela kalian, bererti sya mebela puteri-puteriku sendiri. saya ingin kalian bahagia seperti yang saya inginklan untuk puteri-puteriku.

sesungguhnya tidak ada mereka yang inginkan selain memperkosa kehormatan wanita. kemuliaan yang tercela tidak akan kembali, begitu juga martabat yang hilang tidak akan dapat ditemui kemba;i.

bila anak puteri jatuh, tak seorang pun di anatara mereka mahu menyingsingkan lengan untuk membangunkannya, dari lembah kehinaan, yang engkau dapati mereka hanya merbeut kecantikan si gadis, apabila telah berubah dan hilang, mereka pun lalu pergi, persisnya seperti aning meninggalkan bangkai yang tidak tersisia daging sedikit pun. inilah nasihatku padamu, puteriku. inilah kebenaran. selain ini jangan percaya. sedarlah ditanganmulah, bukan di tangan kami kaum lelaki, kunci pintu perbaikan. bila mahu perbaiki dirikalian, dengan demikian umat pun kan menjadi baik. - Ayahmu

adaptasi daripada buku “wahai putriku” oleh Ali Thantawi

“kehormatanmu terletak di tanganmu. keruntuhan akhlakmu juga ditanganmu”

Read more...

Dibelit Ular ketika sedang asyik BERZINA..

Ambillah Iktibar Dari Kisah Benar Ini

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta
baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan. ......... ....

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.

"Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal.

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka.

Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi
masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. "Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.

Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas. Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.

Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.

Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya." Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. "Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.

Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.

Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. "Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.

Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.

Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian.

Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. "Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.

Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.

Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.

Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.

Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.

Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.

Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.


Wallahua'lam..

Read more...

Bicara Agama : POLIGAMI & ZINA

Poligami dan zina

Bersama: DR. AMRAN KASIMIN

SOALAN: Kaki kanan saya seumpama terpelesuk dalam lubang, yang sukar hendak ditarik keluar, biarpun kaki kiri masih di permukaan bumi, tetapi semakin tidak bermaya longlai.

Saya mempunyai isteri yang terpelajar dan berpendidikan agama. Rumah tangga kami asalnya begitu bahagia, tetapi setelah hampir 11 tahun, saya seumpama tidak sedar, macam mana saya boleh jatuh cinta dengan seorang gadis.

Secara berterangan saya memberitahu isteri yang saya ingin mengahwininya. Isteri saya tidak membantah atau setuju, tetapi menyuruh saya menceraikannya.

Masalah besar ialah apabila ibu saya tidak mengaku saya anaknya, kalau saya meneruskan hasrat untuk mengahwini gadis ini. Ibu bersikap demikian mungkin kerana ia merasa betapa akrabnya hubungan kami dua keluarga.

Saya mencari jalan keluar, memutuskan hubungan dengan gadis ini dan rasa amat kesal serta kecewa. Saya mula berjinak-jinak dengan dunia hiburan, tetapi berakhir dengan kehidupan yang langsung tidak saya duga sama sekali selama ini, iaitu melanggani pelacur kelas atasan.

Saya tahu dosa-dosa besar melakukan zina, tetapi saya benar-benar kecewa, kerana masyarakat memandang serong dan ganjil sesuatu yang halal, iaitu poligami. Tetapi menganggap sebagai ?perkara biasa? terhadap dunia pelacuran atau persundalan. Masyarakat Islam perlu memahami hukum Islam yang berkaitan dengan poligami, sebagai satu jalan keluar mengatasi masalah zina. Pendapatan saya lebih daripada sembilan ribu ringgit setiap bulan.

Lazim, KL



Jawapan: Islam mengharuskan poligami dengan syarat si suami berlaku adil terhadap isteri-isteri yang dikahwini. Adil yang berkaitan dengan harta seperti nafkah, urusan tempat tinggal, makanan, pakaian, giliran bermalam dan sebagainya termasuk yang berkaitan dengan anak. Lumrahnya, tanggungjawab ini di dalam keupayaan manusia.

Masalah utama yang saudara hadapi ialah isteri yang meminta diceraikan kalau mahu berkahwin lagi, manakala keluarga terutama kedua-dua ibu bapa menganggap saudara anak derhaka kalau berkahwin lagi satu.

Islam tidak mensyaratkan poligami mesti dengan izin isteri. Namun adalah sukar biarpun bukan mustahil untuk menyatakan adanya isteri yang boleh memberi izin kepada suaminya berkahwin lagi, biarpun seorang ustazah yang memahami bahawa Islam mengharuskan poligami. Tabiat semula jadi manusia, tidak mahu berkongsi kasih.

Tergambar dalam fikiran bagaimana si suami memadu kasih dengan madunya. Mungkin dalam mengingatinya kepala berdetap menjadi sakit, dunia gelap gelita.

Tindakan suami mungkin boleh dianggap mencabar kesetiaannya selama ini, seolah-olah si suami telah ?menduakannya? biarpun poligami itu diharuskan oleh Islam.

Islam tidak menggalakkan berpoligami, tetapi mengharuskannya sebagai salah satu jalan keluar mengatasi masalah seperti ketika isteri uzur, sakit dan tidak berupaya melayani naluri suami. Suami kuat nafsu dan sebagainya.

Namun tanpa alasan seperti ini, sekiranya seorang lelaki itu bernikah lagi, pernikahan itu tetap sah, asalkan semua syarat dan rukun perkahwinan itu dipenuhi.

Banyak orang berkahwin tanpa ada alasan seperti yang dijelaskan atau dorongan seperti ini, lebih-lebih lagi orang yang mempunyai banyak wang seperti saudara. Ia tetap sah dan tidak berdosa andainya sifat adil itu, ada pada diri dan berkeyakinan berupaya melaksanakannya.

Mungkin sukar untuk menyokong sikap seorang suami yang dikatakan menyintai isteri dan anak-anaknya, tetapi dalam masa yang sama bercinta dengan perempuan lain.

Namun begitu, ia bukan mustahil berlaku lebih-lebih lagi bagi orang yang mempunyai selera tinggi, sukakan yang cantik dan muda. Orang seperti ini kadang-kadang pada peringkat awal tidak minat sangat untuk berkahwin lagi, lebih-lebih lagi bagi yang banyak tugas dan sibuk, tetapi kerana naluri dalamannya tanpa disedari bila bermula, dia akhirnya terjebak ketika ?bermain dengan api atau ombak?, menyebabkan jatuh kasih atau rasa simpati atau ihsan kerana kasih itu tidak ubah seumpama sekam dalam api.

Dalam masa yang sama dia tetap mengasihi isteri yang ada, sayang rumah tangga yang begitu lama dibina, juga anak-anak di rumah.

Izin isteri bukan merupakan syarat kesahihan pernikahan lelaki berpoligami. Bagi orang lelaki yang berusaha untuk berkahwin lagi, tetapi tertahan kerana sebab tertentu, terutamanya untuk mendapatkan keizinan isteri, akan melakukan pelbagia cara untuk melaksanakannya.

Terdapat kes suami menipu isteri untuk menurunkan tanda tangan, kahwin lari ke sempadan, kahwin yang dinikahkan oleh wali perempuan tanpa merujuk ke pejabat kadi dan sebagainya, termasuk melalui sindiket palsu.

Saudara mempunyai keupayaan untuk berkahwin lagi, tetapi terhalang kerana isteri meminta cerai, manakala ibu bapa menganggap saudara anak derhaka.

Tanpa melihat, sama ada pro atau kontra lelaki berpoligami, ketika berhadapan dengan situasi seperti yang saudara hadapi, seseorang itu mesti menghulurkan mesej syarie yang hakiki. Saudara mempunyai keupayaan dari segi kebendaan, seorang yang terpelajar dan mempunyai ciri-ciri sifat adil serta yakin untuk melaksanakannya.

Kerana itu, jalan keluar bagi saudara ialah berkahwin lagi. Dalam kes ini, mungkin dengan kekasih saudara.

Namun, untuk mengelakkan keadaan rumah tangga yang bercelaru dan dianggap anak derhaka, saudara mencari jalan sesat dengan melanggani perempuan jalang dan sehingga sekarang, saudara merasakan amalan itu sebahagian daripada rutin hidup, sebagai budaya mingguan.

Tidak ada statistik membuktikan 99 peratus pelanggan pelacur adalah lelaki yang beristeri. Mungkin anggapan saudara itu ada lojiknya berdasarkan pemerhatian saudara. Dalam masa yang sama, bukan mudah untuk membuktikan anggapan seperti ini benar dan tepat.

Walaupun demikian pemerhatian saudara terhadap apa yang berlaku tidak boleh dijadikan satu hujah atau sokongan terhadap apa yang saudara lakukan, ataupun dijadikan alasan menghilangkan rasa berdosa melanggani pelacur.

Saya tidak membicarakan dosa zina kerana saudara sedia memahaminya, tetapi saudara perlu ingat bahawa berzina itu dosa. Dosa itu najis dan najis itu kotor, yang kotor itu lumrahnya busuk. Bagi orang terlibat dengan dosa zina buat kali pertama dia akan menyesal sama seperti dengan orang yang bersentuh atau terhidu najis.

Dia menjadi tidak menentu, merasa loya atau muntah, tetapi kalau terus berulang, ia menjadi sebahagian hidup, berasa tidak janggal dan tidak seronok kalau tidak melakukan dosa atau berasa asing tidak terhidu najis. Begitu juga dengan peri laku zina yang menjadi rutin.

Saudara terlalu malang andainya mengakhiri sisa-sisa hidup dalam maksiat, ketika menapak kaki melanggani kupu-kupu malam atau menghembuskan nafas di pangkuannya, pada hal saudara seorang yang pernah taat sembahyang, puasa, tidak minum arak dan tidak menerima rasuah. Salah satu ciri insan bertakwa yang tidak mudah dimenangi oleh semua orang.

Kalau benar ada isteri yang lebih rela suaminya melakukan maksiat daripada beristeri secara sah, pada hal si suaminya melakukan maksiat daripada beristeri secara sah, pada hal si suami dapat memenuhi tuntutan berpoligami, ini bererti secara langsung atau tidak langsung dia adalah terlibat dengan peri laku si suami.

Pada hakikatnya, keharusan poligami dan cara penyelesaiannya lebih tertakluk kepada kes yang berbeza. Tuntutan isteri agar diceraikan untuk membolehkan suami berkahwin lagi memang banyak berlaku, memperlihatkan protes atas keinginan suami tadi.

Walaupun demikian mungkin tidak berlaku pada semua orang, terutamanya pada isteri yang uzur, tua, sakit, mempunyai ramai anak dan tidak bekerja. Seperkara lain, biarpun tuntutan cerai itu banyak berlaku, kata putus yang ditetapkan oleh syarak ialah di tangan suami. Mereka yang beriman dan takutkan Allah menggunakan kuasa ini sebaik mungkin kerana isteri itu amanah Allah, yang dihalalkan baginya dengan ikatan perkahwinan.

Biarpun poligami seumpama mencabar kesetiaan seorang isteri, pendapat saudara, poligami sebagai pengorbanan terhadap wanita yang dikahwini terutamanya yang menghadapi masalah anak banyak, keselamatan diri, maruah dan sebagainya memang ada logiknya.

Kerana itu dalam keadaan seumpama itu, ada perempuan yang rela dijadikan isteri kedua. Walaupun, bagi yang meminati gadis muda dan cantik, sukar sedikit untuk merangkumkan perkahwinan seperti ini termasuk dalam kategori pengorbanan, biarpun tidak dinafikan ianya melibatkan pengorbanan.

Perilaku saudara juga seumpama bertindak balas terhadap sikap isteri dan keluarga. Biarpun mereka mempunyai kaitan terhadap tindak-tanduk saudara, dosa yang dilakukan seseorang, tidak akan ditanggung orang lain.

Memang benar seperti yang saudara jelaskan bahawa masyarakat memandang amalan berpoligami itu sebagai sesuatu yang halal tetapi dianggap ?janggal? atas sebab-sebab yang saling berkait. Berbanding dengan lelaki yang melanggani pelacur-pelacur, bersekedudukan atau perempuan simpanan kadang-kadang dirasakan orang yang berpoligami itu seolah-olah merobek naluri budaya hidup.

Keadaan ini berlaku atas sebab yang saling berkait, di antaranya ialah kerana penyalahgunaan keharusan poligami. Selain dari itu, poligami diamalkan secara berterangan, secara rasmi pada hal amalan melanggani pelacur, bersekedudukan atau menyimpan perempuan simpanan itu dilakukan secara tersembunyi. Walaupun demikian saya berkeyakinan, masyarakat umum tidak akan memandang serong terhadap suami yang berpoligami yang bertanggungjawab terhadap isteri-isterinya,

Manusia dalam banyak hal lebih mudah malu kepada jiran-jiran, kawan sekerja dan masyarakat sekeliling berbanding dengan Tuhan yang sentiasa memerhatikan tingkah laku mereka, sama ada malam atau ketika sunyi sepi.

Tidak mudah untuk menyatakan isteri lebih rela suaminya melanggani perempuan jalang, mempunyai perempuan simpanan atau bersekedudukan daripada suaminya berkahwin lagi. Bagi isteri yang terpelajar, berilmu dan menyayangi suaminya, begitu juga ibu bapa atau keluarga akan merelakan seorang suami itu berkahwin lagi daripada terlibat dengan kancah maksiat.

Masyarakat Melayu Islam tahu, poligami adalah sesuatu yang diharuskan, tetapi sesetengah orang tidak gemarkan amalan poligami kerana sikap atau kelakuan sebahagian daripada mereka yang melakukan poligami atau beristeri lebih daripada satu tidak berlaku adil. Ramai yang berpoligami tetapi kewangannya tidak mencukupi. Ada yang tidak mempunyai kerja tetap malahan hidup di atas tulang empat kerat isteri-isteri yang dikahwini. Ketidakadilan itu juga sering berlaku kerana suami yang berkahwin semata-mata kerana nafsu. Mereka inilah yang menyalahgunakan keharusan yang diberi atau ditetapkan oleh Islam.

Keadaan ini menjadi lebih buruk apabila aduan yang dilakukan oleh isteri yang terlibat ke pejabat-pejabat kadi kurang mendapat perhatian kerana kekurangan kakitangan yang terlatih, menyebabkan isteri-isteri terus menerus menderita mencari nafkah diri dan anak-anak yang ditinggalkan.

Lebih rumit apabila ketetapan yang diputuskan oleh mahkamah syariah tidak dilaksanakan. Terlalu banyak punca menyebabkan keharusan poligami menjadi sebagai sesuatu yang menakutkan.



- PEMBACA yang ada kemusykilan alamatkanlah soalan kepada:

Dr. Amran Kasimin

Lot 3673, Jalan Aman, Kg. Sungai Merab

Luar, 43000 Kajang, Selangor.

Utusan Malaysia : 03/12/2006

Read more...

Zina & Hudud?????

Thursday, August 20, 2009

Dosa Zina Tidak Akan Terhapus Selagi Tidak Dihududkan


--------------------------------------------------------------------------------

sumber : www.zaharuddin.net

Assalamualaikum Ustaz yang mulia

saya adalah salah seorang hamba Allah yang sedang mencari keampunan. terus terang saya cakap saya pernah berzina dengan bekas teman wanita saya. saya mengulangi beberapa kali sehingga beberapa tahun, dan akhir kami telah berpisah.

dan, setelah mengalami beberapa peristiwa yang menyedihkan dalam hidup saya. akhir saya sudah insaf dan saya ingin betul-betul bertaubat. saya ingin mencuci segala dosa dan kesalahan saya. saya betul-betul takut jika saya mati, saya mati bersama dengan dosa zina saya ini.

saya pernah bertanya dengan seorang Ustaz di tempat saya, bagaimanakah caranya untuk mencuci dosa zina? adakah cukup dengan taubat nasuha, meminta ampun dan berkelakuan baik?

Ustaz itu menjawab, dosa zina takkan dihapuskan selagi saya tidak disebat dengan 100 kali rotan, seperti yang difirmankan oleh Allah di dalam al-Quran.

oleh itu, setelah berfikir panjang dan solat istikharah, saya telah membuat keputusan untuk berjumpa dengan seorang Hakim Mahkamah Syariah di negeri saya. saya menceritakan kepada beliau mengenai keadaan saya, dan saya memberitahu bahawa saya ingin mencuci segala dosa zina saya, dan saya ingin dihukum oleh hukuman 100 kali rotan. demi Allah saya mahu mencuci dosa saya.

beliau sangat terkejut dengan kata-kata saya. beliau tidak dapat memberi apa-apa jawapan kerana perlembagaan Malaysia tidak memperuntukkan kuasa kepadanya untuk menjatuhkan hukum 100 rotan kepada saya.

oleh itu Ustaz Zaharuddin yang mulia. saya ingin menjalani hukum 100 rotan supaya dosa saya disucikan. saya tidak mahu mati dengan membawa dosa besar zina ini.

tambahan pula, saya tidak boleh berkahwin dengan perempuan kecuali perempuan zina ataupun musyrik. saya pernah juga cuba menjalin hubungan yang bersih dengan beberapa orang perempuan, tapi kesemuanya gagal di tengah jalan.

jadi Ustaz, apakah caranya untuk saya menjalani hukum 100 rotan ini?

tolonglah bantu saya...

from : Hamba yang mencari keampunan
************************************************** *********

Jawapan Ustaz :

Tahniah kepada saudara kerana telah insaf dan ingin benar-benar bertawbat. Untuk menjawab soalan ini, pertama saudara perlu mengetahui amat besarnya dosa zina dan mestilah dengan segera bertawbat terutamanya ke ketika tiadanya hukuman hudud dilaksanakan di Malaysia.


Hukuman zina terdapat dengan jelas di dalam surah An-Nur ayat 2) Bagaimanapun, tindakan menyerah diri kepada pihak berkuasa pada hemat saya tiadalah gunanya di sisi Allah SWT, kerana undang-undang yang ada hari ini hanya memperuntukan hukuman bagi penzina yang sabit kesalahannya ; beberapa ribu ringgit, beberapa kali sebatan dan beberapa tahun penjara (saya tidak ingat dengan tepat hukumannya). Apa yang jelas semua ini bukanlah undang-undang yang dapat menghilangkan dosa zina di sisi Allah, malah merugikan lagi, dihukum dengan hukuman manusia dan tidak pula diampun di sisi Allah.

Cuma saya pernah mendapat satu pendapat yang agak ganjil tetapi ada rasionalnya iaitu, sesiapa yang ingin pasti menghapuskan dosa zinanya di zaman kini, mereka di cadangkan untuk pergi di Saudi Arabia yang mempunyai peruntukan hukuman sebat. Lalu orang yang berzina tadi bolehlah mengaku ia telah berzina dan akan dihukum di sana, maka hilangkan dosanya di sisi Allah SWT. Saya tidak mampu komen panjang akan cadangan ini, cuma pendapat peribadi saya, ia kelihatan boleh diterima dari satu sudut, walaupun mempunyai kontra dalam beberapa sudut yang lain.

Bagi individu yang tidak mampu keluar mencari hukuman atau tiada peruntukan hukuman sebenar (seperti ikhlasnya pemuda bernama Ma’iz bin Malik pada zaman Nabi yang mengaku berzina berkali-kali di hadapan Nabi untuk menghapuskan dosanya dengan rejaman – demikian di dalam riwayat Abu Daud dari Abu Hurayrah r.a ), maka tanpa syak lagi, Pertama : Pihak berwajib akan menanggung dosa kerana tidak menyediakan peruntukan hukumannya. Kedua : Individu yang telah berzina mesti segera bertawbat nasuha dan jangan sekali-kali putus asa dengan rahmat dan pengampunan Allah SWT.





Syarat tawbat ini adalah :-

Perlunya bersegera dan berterusan tawbat (selagi belum rasa hilang bersalah) . Firman Allah SWT ertinya : “ Sesungguhnya tawbat di sisi Allah hanyalah tawbat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertawabat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Tawbatnya ( An-Nisa : 17)

Berazam kukuh di dalam hati agar tidak lagi ingin kembali kepada perbuatan haram itu. Justeru ia mestilah menjauhkan dirinya dari mendekati apa jua situasi yang boleh membawanya ke arah lembah zina tadi. Tinggalkan semua jalan dan tempat yang boleh mengembalikan kepada zina.

Mempergandakan amal soleh, ia berdasarkan firman Allah ertinya : “ Kecuali orang-orang bertawbat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang” ( Al-Furqaan : 70 ). Justeru, banyakkan bersedakah, mengajar orang lain, kenalan dan lain-lain agar menjauhi dosa zina dan menyedarkan sesiapa jua yang mampu tentang dosanya. Maka dengan pahala kebaiakn ini diharap ianya dapat menutup dosa zina tadi.

Sekiranya melibatkan rogol, maka hukuman dan tawbatnya berbeza kerana ia melibatkan pencabulan hak manusia lain, dosanya lebih besar. Dalam hal zina denga rela kedua-dua belah pihak. Imam Abu Yusof (anak murid Imam Abu Hanifah) pernah mencadangkan agar kedua-dua pasangan berkahwin (sekiranya si wanita belum berkahwin) bagi menggugurkan hukuman hudud tetapi pandangan ini ditolak oleh seluruh ulama Mazhab empat. (Bada’I as-Sonai’ , Al-Kasani, 7/62 ; Al-Tasryi’ Al-Jinaie Al-Islami, Abd Qadir Awdah, 2/454). Walaubagaimanapun, dalam hal tawbat, pada hemat saya, ia elok dilakukan bagi menunjukkan kesungguhan tawbat seseorang. Wallahu ‘alam

Read more...

~Pemahaman Umum Tentang Perlakuan ZINA~

PEMAHAMAN UMUM TENTANG PERLAKUAN ZINA




Tafsiran umum tentang perlakuan zina..
Zina membawa maksud perlakuan sumbang ataupun persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah di sisi syara`..

Perlakuan ini mestilah berlaku antara lelaki dan perempuan tanpa paksaan serta berlaku dengan rela hati


Satu persoalan di sini ialah, apakah tidak sama antara ZINA, SEKS BEBAS yang berlaku begitu berleluasa masa kini? Mungkin perkataan tersebut berasal dari rumpun yang berbeza, tetapi perlu diingat bahawa bahasa dan sebutan mungkin berbeza akan tetapi membawa satu maksud yang sama dalam agama iaitu ZINA atau melakukan hubungan seks tanpa keizinan syara`.




Mari kita renung sejenak tentang enakman sivil dan syara` tentang zina(seks bebas) yang mungkin serba sedikit telah mempengaruhi minda remaja serta masyarakat islam masa kini.


Jenayah zina dalam perundangan Islam berbeza dengan jenayah zina dalam perundangan sivil. Perundangan Islam menganggap bahawa setiap persetubuhan haram itu ialah zina dan dikenakan hukuman ke atas yang melakukannya sama ada oleh orang yang sudah kahwin ataupun belum kahwin. Sementara perundangan sivil pula tidak menganggap setiap persetubuhan haram itu zina. Hanya pada kebiasaannya hukuman akan dijalankan dalam bentuk yang khas dari kalangan mereka yang sudah berkahwin sahaja. Selain itu ia dianggap sebagai pencabulan kehormatan. Apabila persetubuhan itu dilakukan dengan rela hati, maka mengikut perundangan sivil, tiada hukuman dijatuhkan selagi kerelaan itu tidak mengaibkan.

Apa yang dimaksudkan oleh setengah negara dengan kerelaan yang mengaibkan itu ialah apabila orang yang disetubuhi itu tidak sampai umur 18 tahun genap. Hukuman bagi persetubuhan dengan kerelaan yang mengaibkan ini adalah ringan sahaja, kerana perlakuan itu hanya dianggap sebagai salah laku.

Undang-undang Islam menyifatkan perbuatan zina sebagai penggugat kehidupan orang ramai dan kesejahteraan mereka serta musuh yang ketat kepada keluarga, sedangkan keluarga adalah asas atau punca terdirinya sesuatu jemaah. Dengan membenarkan atau membebaskan orang-orang melakukan zina itu boleh menyebarluaskan kejahatan dan keburukan di kalangan masyarakat. Mula-mula akan menghancurkan keluarga dan akhir sekali menghancurkan ummah. Inilah yang mahu dicegah oleh Islam sebagai agama rahmat dan penyelamat sejagat.

Adapun menurut undang-undang sivil, zina dianggap urusan individu atau masalah peribadi yang tidak menyentuh individu lain, atau tidak menyentuh urusan masyarakat, kecuali dalam kes yang dinamakan pelacuran, dimana setengah-setengah negara akan mengenakan tindakan undang-undang. Kerana itu menurut undang-undang sivil tiada hukuman dikenakan kepada orang yang melakukan zina, kecuali jika tiada kerelaan ketika melakukannya.

Masyarakat Eropah dan masyarakat Barat pada umumnya rosak disebabkan zina. Akhlak yang mulia hancur disebabkan pergaulan yang tidak mengenal batasan. Anak-anak gadis di bawah umur lagi sudah sedia mengenali budaya buruk ini. Umur 15 tahun lagi ataupun lebih awal dari itu, anak-anak gadis sudah hilang dara. Tegasnya bersekedudukan sebelum kahwin adalah perkara biasa bagi masyarakat Barat.






KAJIAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH PENSYARAH UKM
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu-isu yangberkaitan dengan permasalahan moralkhususnya yangmenyentuh perkara-perkara berkaitan hubungan antara lelaki dan perempuan, mereka pastinya telah mengetahui tentang isu terkini sekitar laporan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dibuat oleh pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja, Dr. Khaidzir Ismail telah mendedahkan bahawa hanya seorang sahaja daripada subjeksubjek ujikaji berjumlah 887 remaja bermasalah masih belum pernah melakukan ’hubunganseks’. Laporan tersebut telah menjadi isu kontroversi dimana penemuan tersebut telah dikritik hebat oleh mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menyatakan hasil laporan tersebut tidak boleh digunapakai kerana terdapat kesalahan dari segi statistik serta definisi. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula meluahkan, ‘‘Jangan hukum seluruh generasi muda hanya kerana perlakuan 886 gadis... ramai lagi golongan remaja perempuan yang baik, rajin, menghormati orang tua dan tidak tinggal sembahyang... kenapa kita tidak bercakap mengenai mereka? Kenapa kita hanya menumpu kepada isu-isu kecil sahaja”. Beliau seterusnyamenyatakan, ‘‘Jangan jadikan hasil kajian ini untuk menghukum mereka. Henti menghukum generasi muda,’’katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaranmedia Festival Sastera Antarabangsa Kuala Lumpur [UM02/03/07].





Cukup malang apabila kita mendengar kes ini dianggap sebagai kes kecil sahaja, apatah lagi bila dikatakan tidak perlu menghukum remaja dengan (kajian) kes-kesebegini. Mungkin kerana ia melibatkan remaja maka iadianggap kes kecil dan tidak perlu menghukum, tetapi jika ia melibatkan mana-mana Datuk atau Menteri, maka kes ini adalah kes besar dan perlu dihukum. Mungkin juga kerana ia dilakukan secara suka sama suka oleh remaja yangberkenaan, maka ia dianggap sebagai kes kecil sahaja dan tidak perlu menghukum remaja kerananya, tetapi jika remaja memaksa (mencabul kehormatan/merogol) remaja lain, barulah kes ini dikatakan besar! Pelik! Apakah standard/ukuran yang digunakan? Walhal di dalam Islam, sesiapa sahaja yang berkhalwat, berzina (suka sama suka) atau merogol, sama ada rendah atau tinggi status sosialnya sekalipun, jika ia dilakukan oleh orang yang telah baligh dan berakal, maka ia wajib dihukum. Dengan kata lain, kes ini wajib diselesaikan, bukan dibiarkan. Biarpun kesahihan kajian UKM tersebut dipertikaikan, namun apa yang pasti masalah keruntuhan akhlak terutama yang membabitkan hubungan antara lelaki dan perempuan seperti khalwat, zina dan lain-lain, memang telah lama menular di dalam masyarakat Islam di Malaysia.





Pertikaian dari segi statistik dan definisi ini tidak dapat menidakkan gejala sosial yang semakin parah ini.Tambahan lagi, bukan soal statistik dan definisi yang inginkita bahaskan, tetapi kesalahan itu sendiri. Maksudnya, wujud atau tidak salah laku tersebut, inilah yang kita perlu persoalkan. Jika wujud, tidak kira berapa statistiknya sekalipun, kita wajib menyelesaikannya, dan wajib diselesaikan menurut perspektif Islam, bukan menurut akal serta nafsu kita semata-mata.







Perbincanganः


Seks dalam pemikiran sebahagian orang tua atau masyarakat adalah suatu ungkapan yang kotor. Mereka tidak suka untuk membincangkanya dengan anak-anak remaja mereka sepertimana orang-orang tua dahulu juga tidak pernah mendiskusinya dengan mereka.
Terima kasih kepada burung-burung, lebah-lebah yang mengajarkan kepada umat manusia bahwa seks adalah perkara alamiah dan merupakan pemberian Allah SWT.
Bagi anak muda masa kini tidak cukup dikatakan bahawa mereka tidak boleh terlibat dalam seks, sebab islam melarangnya. Mereka inginkan penjelasan. Mereka perlu diberitahu tentang risiko-risiko seks kini, tentang penyakit-penyakit yang boleh dijangkiti, tentang kehamilan remaja serta pentingya seks dalam perkahwinan.

``Jika anda memberitahu anak-anak kecil tentang seks, maka mereka akan mempraktikkanya. Jika anda memberitahu mereka tentang penyakit kelamin, maka mereka akan pergi mencarinya. Sungguh luar biasa, kita melihat bahawa kebnayakan penentangan terhadap pendidikan seks disebabkan anggapan bahawa pengetahuan seks itu berbahaya. Kegalalan kita untuk mengatakan kepada anak-anak apa yang mereka inginkan dan perlu tahu merupakan satu sebab mengapa kita mendudki tempat pertama dalam hal tingkat kehamilan remaja luar nikah dan tahap pengguguran bayi diantara Negara-negara maju di dunia’’
Dr.Sol Gordon
Profesor Emeritus, Syracuse University,
seorang pakar pendidikan seks.

``What Kids Need to Know’’, Psychology Today,
Oktober 1986.


Allah SWT telah berfirman, ``Katakanlah! Apakah sama orang yang memiliki pengetahuan dengan orang-orang yang tidak memiliki pengetahuan?’’ (Az Zumar:9)

Nabi SAW bersabda, ``Maka beruntunglah wanita-wanita ansar! Kesuciandiri mereka tidak mencegah mereka menuntut pengetahuan tentang agama mereka.’’ (H.R Bukhari dan Muslim).

Pengenalan

Alquran telah begitu banyak menekankan tentang meraih ilmu pengetahuan, dan fakta menunjukkan bahwa pada masa Rasulullah SAW, kaum muslimin lelaki serta perempuan tidak pernah merasa malu untuk mengajukan pertanyaan-pertanyaan kepada RAsulullah SAW, termasuk pertanyaan-pertanyaan tentang hal yang berkaitan masalah-maslah peribadi mereka, seperti kehidupan seksual dan sebagainya.

Justeru, para ibu bapa seharusnya sedar bahawa seks tidak selalu merupakan sesuatu yang kotor. Seks merupakan suatu aspek yang penting dalam kehidupan kita. Allah mengatur seluruh aspek kehidupan manusia, tidak hanya mengatur cara beribadah kepada-Nya. Allah membahsakan tentang reproduksi, pencipataan, kehidupan keluarga, menstruasi(haid), dan bahan ejakulasi dalam Alquran. Rasulullah SAW yang diutus sebagai teladan bagi kita juga membahas berbagai aspek kehidupan seksual dengan para sahabat beliau, termasuk posisi-posisi (ketika hubungan )seksual.

Alas an utama yang sering dikemukakan ialah seks tidak sesuai untuk dibincangkan dengananak-anak kerana mereka masih kecil, mereka akan mengetahuinya dengan sendiri bila dewasa kelak, mereka perlu katahuinya melalui ceramah dan sebagainya. Wal hal islam menyarankan agar kita menerangkan kepada anak-anak agar ia tidak menjadi suatu perkara yang dianggap terlalu asing.persoalanya sekarang, adakah tiadanya pendidkan seks erhadap remaja yang menjadi pendorong kepada gejala yang tidak sihat pada masa kini?

Apakah itu Pendidikan Seks dan siapa yang Harus Memberikanya?

Apakah pendidikan seks berkaitan dengan bagaiman mengetahui struktur dan funsi tubuh manusia, atau tentang prakyik seks, atau tentang reproduksi dan kehidupan keluarga, atau tentang pencegahan penyakit-penyakit menular seksual tentang kehamilan yang tidak diinginkan? Apakah memberikan pendidikan sama dengan memberiakn izin berhubungan seks?

Jadi, adalah menjadi kemestian untuk memahami objektif tentang pengetahuan seks yang perlu diberikan kepada anak-anak kerana pada masa kini mereka sudah terdedah dengan pelbagai ranjau serta dugaan dalam pergaulan. Seandainya kita memberikan perhatian yang sepenuhnya, bagaimana pula ketika mereke di sekolah, ketika mereka beraktivit, ketika mereka bepersatuan, jadi ketika inilah pengetahuan yang ada walaupun sedikit akan membantu diri mereka untuk menjauhi perkara tersebut.

Berkaitan dengan pertanyaan`` Siapakah yang harus mengajar atau memberikan pengetahuan tentang pendidkan seks? Ibu bapa adalah mereka yang perlu memainkan peranan dalam memberikan pengetahuan serta kesedaran kepada anak-anak terutamanya bahayanya seks bebas serta mengaitkanya dengan hokum agama. Setidak- tidaknya anak-anak akan mempuyai kesedaran serta sedar akan tatacara pergaulan seharian serta secara tidak langsung akan menghindarkan diri mereka dari gejala yang tidak sihat tersebut.












Konsep Islam Tentang Seksualiti

Islam mengenal kekauatan kepentingan seksual, namun subjek tersebut dibahs dalam Alquran dan hadis Nabi SAW secara serius, berkenaan dengan perkahwinan dan kehidupan keluarga.

Hadis- hadis Rasulullah SAW

`` Ketika salah seorang diantara kalian berhubungan seks dengan isterinya, maka ia diberi pahala sedekah.’’ ``Tapi kami melakukanya berdasarkan keinginan kami. Bagaimana dapat dianggap sebagai sedekah?’’ Rasulullah SAW menjawa, ``` Jika kalian melakukanya dengan seorang wanita yang bukan isteri kalian, maka hal itu dianggap sebgai dosa; namun jika kalian melakukanya denga isteri kalian, maka dianggap sebagai sedekah.’’



Konsep Penzinaan dalam Islam

Allah SWT berfirman dalam Alquran. ``Janganlah kamu mendekati zina! Sesungguhnya berzina itu merupakan yang keji lagi tercela.’’ (Q.S. al Israa`:32)
`` Katakanlah! Sesungguhnya Tuhanku mengharamkan perbuatan-perbuatan keji, baik yang Nampak mahupun tersembunyi, dan (Tuhan ku juga mengharamkanya) perbuatan dosa serta melarang dari melanggar hak manusia tanpa alas an yang besar.’’ (Q.S al A`raf:33)
``Wanita-wanita yang keji adalah untuk para lelaki yang keji, dan para lelaki yang yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Demikian pula para wanit yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan para lelaki yang baik adalah untuk para wanita yang baik.’’ (Q.S an Nurr: 26)

Rasulullah saw. Telah bersabda bahawa penzinaan merupakan salah satu diantara tiga dosa besar. Kisah yang paling menarik ialah kisah tentang seorang pemuda yang datang menemui Rasulullah saw. Dan meminta izin untuk melakkan zina sebab ia tak mampu mengendalikan dirinya. Rasulullah saw. Berbicara kepadanya dengan mengemukakan logic dan bertanya kepadanya apakah dia bersetuju apabila seseorang melakukan zina dengan ibunya atau saudara perempuanya atau anak perempuanya atau isterinya. Setiap kali Rasulullah saw memperinci pertanyannya, pemuda itu selalu menjawab, Tidak,’’. Selanjutnya Rasulullah saw. Menjelaskan bahawa wanita yang engkau ingin berhubungan seks denganya adalah juga ibu seseorang atau saudara perempuan seseorang atau anak perempuan seseorang atau isteri seseorang. Pemuda itu memahaminya dan akhirnya bertaubat. Rasulullah saw.pon memohon ampun baginya dari Allah SWT.

Perzinaan merupakan satu kejahatan yang bukan sahaja melawan satu orang tetapi melawan seluruh masyarakat. Penzinaan merupakan sebuah pelanggaran terhadap kontrak perkahwinan. Penzinaan yang merupakan seks pranikah( sebelum nikah) mahupun seks ekstranikah (perselingkuhan) merupakan wabak dalam masyarakat. Bukan sahaja islam melarang berzina, malah agama kristian juga turut menghalangnya, contohnya: Tidak ada orang Kritian yang mendengar seruan Injil yang berbunyi ``Kalian tidak boleh melakikan penzinaan’’, manakala pendekatan dalam Alquran pula berbunyi `` Jangnlah kamu mendekati zina’’.

Ayat diatas bukan sahaja melarang manusia dari melakukan zina, akan tetapi turut memerintahkan agar manusia menjauhi perkara yang dapat membawa kepada berlakunya zina. Allah SWT berfirman, `` Katakanlah kepada kaum lelaki beriman agar mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kesucian kemaluan mereka. Hal itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada kaum wanita beriman agar mereka menahan pandangan mereka serta memelihara kesucian kemaluan mereka.’’ (Q.S an Nurr:30-31).

Read more...

~La Taqrabuzzina~

Jangan hampiri zina..

segala puji bagi ALLAH..Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

salam buat semua hati..
petang yang mendung dan diakhiri dengan limpahan hujan yang membawa rahmat kepada seluruh alam..dingin dan sejuk menyelaputi segenap rasa ini sekaligus membuat hati lupa akan terik matahari yang tadinya menggigit lapisan kulit ini..

aku menghadap lappy ku selepas selesai mengerjakan solat Asar..hati rasa terpanggil untuk mula mencoret rasa..kali ini rasa yang menjadi persoalan di sekitar kampusku..tentang apa ya? apa lagi kalau bukan tentang "couple" atau kalau dimelayukan "bercinta.." atau kalau mahu diindonesiakan adalah "berpacaran.."..

aku mula melakar rasa tentang perkara ini sejak dulu lagi namun kesempatan masih belum ada..hari ini,aku gagahkan juga melukis sesuatu..jujur,bukan hanya untuk diri ini tetapi untuk mereka yang mempunyai hati..yang rasa getar apabila dibacakan ayat-ayat ALLAH padanya..untuk semua..

kalau dulu,sewaktu aku bermain tenis bersama sahabat-sahabatku..aku sempat mendengar perbualan seorang temanku..katanya..

"..kalau nak bercinta,bercintalah..tapi pelajaran jangan diabaikan.."

aku agak terkejut kerana aku faham makna "bercinta" tadi, lantas aku mencelah walaupun kelihatan sangat biadap..

"..bercinta atau ber"couple" tue tak boleh dalam islam lah.."

dengan nada yang agak meninggi dan matanya sedikit memandang kearahku yang masih berada digelanggang tenis menjawab..

"..cinta itu fitrah.."

inilah kekeliruan yang terjadi..aku masih tertanya-tanya di dalam hati..makan juga fitrah..tetapi mengapa ada benda yang diharamkan untuk dimakan seperti khinzir dan sebagainya? fitrah yang macamane yang kita faham? fitrah yang serupa dengan mereka yang bukan islam?

aku bertanya kepada sahabat hatiku..apakah benar kita boleh bercouple sebelum nikah?
sahabatku membacakan kepadaku ayat-ayat ALLAH yang bermaksud..


"..dan janganlah kamu menghampiri zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk.."
[17:32]


aku termenung..dan sahabatku bertanya..

"..senaraikanlah apa saja perkara yang menghampiri zina.."

aku terpinga-pinga..dan aku akhirnya mendapat idea untuk bertanyakan kepada beberapa sahabat lain tentang pertanyaan sahabatku tadi..apa kata mereka?

ada sahabatku berkomentar..
"..perkara-perkara yang mendekati zina adalah couple, sms, chatting, bergurau senda, keluar date, call.."

ada lagi yang menambah..
"..zina ada macam-macam zina..zina hati ialah ingat kat pakwe or makwe yang kita minat..zina mata if kita usha giler-giler yang bukan muhrim, bercakap tanpa hijab tanpa ada alasan yang sangat-sangat boleh diterima..sekarang ni orang macam salah faham dgn ayat ALLAH..mereka fikir zina yang betul-betul zina tu (pahamkan?)..padahal ALLAH berfirman jangan dekati zina..maksudnya perkara-perkara yang boleh bawa kepada zina la contohnya couple..kau tahu la kan? kalau couple ini teringat-ingat (zina hati), sms, call dan selalu jumpa (zina mata), lama-lama dia berani pegang tangan dan seterusnya.."

aku termenung seketika..seorang teman terus menambah..
"..just to guide you..apa kata try tengok surah 24, ayat 30,31,32 dan 33.."

aku membuka kalam suci itu..


"..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka..."
[24:30]



"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.."
[24:31]



"..Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan..."
[24:32]



"..Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.."
[24:33]


aku terdiam membisu..segalanya sudah tertulis dan segala keterangan sudah nyata di dalam Al-Quran ini..namun?mengapa masih ada yang masih terlena? apakah ayat-ayat ALLAH ini sedikit pun tidak mengoncang hati mereka?

ada yang berkata..
"..ala,kalau diorang dah rase diaorang betul..benang yang basah pun nk ditegakkan.."

saudaraku..
aku mencoret rasa hati ini bukan kerana aku benci..bukan kerana mahu mencalarkan ukhwah yang terbina antara kita..tidak!!..bukan itu yang aku mahu..bukan perbalahan,bukan perdebatan..bukan pergaduhan..tidak sama sekali saudaraku..ini kudratku untuk membantu hatimu..kerana kamu harus dibantu!

Rasulullah juga pernah bersabda..


"..kedua-dua tangan juga adalah berzina dan zina itu adalah menyentuh..kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan..mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman..
[HR Muslim dan Abu Dawud]


"..bagaimana seorang yang perjuangkan Al-quran dan hadis boleh terlibat dgn cintan cintun ni?"tanya seorang teman..

"..ana meninggalkan semua ini apabila ana mengenal dakwah..ana mengejar cintaNYA.."sahabat hatiku berkata..

aku diam membisu..membiarkan semua untuk berfikir..


"..bila seorang da'ie tidak menjaga hatinya, maka rosaklah hatinya..terfitnahlah islam kerananya..runtuhlah dakwah ditangannya..kejayaan dakwah bukanlah terletak kepada kepandaian seorang da'ie berkata-kata..tetapi terletak pada keikhlasan dan kebersihan hatinya..waspadailah hatimu dari kekotoran nafsu yang menipu.."


hanya ini yang aku mampu buat sahabat untuk kali ini...

"..kita nak ajak orang masuk syurga,tapi, make sure dulu kita dah ada dalam syurga menunggu mereka.."

ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu..

Read more...

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP