~Love Islam~

~Free Palestine~

Zina & Hudud?????

Thursday, August 20, 2009

Dosa Zina Tidak Akan Terhapus Selagi Tidak Dihududkan


--------------------------------------------------------------------------------

sumber : www.zaharuddin.net

Assalamualaikum Ustaz yang mulia

saya adalah salah seorang hamba Allah yang sedang mencari keampunan. terus terang saya cakap saya pernah berzina dengan bekas teman wanita saya. saya mengulangi beberapa kali sehingga beberapa tahun, dan akhir kami telah berpisah.

dan, setelah mengalami beberapa peristiwa yang menyedihkan dalam hidup saya. akhir saya sudah insaf dan saya ingin betul-betul bertaubat. saya ingin mencuci segala dosa dan kesalahan saya. saya betul-betul takut jika saya mati, saya mati bersama dengan dosa zina saya ini.

saya pernah bertanya dengan seorang Ustaz di tempat saya, bagaimanakah caranya untuk mencuci dosa zina? adakah cukup dengan taubat nasuha, meminta ampun dan berkelakuan baik?

Ustaz itu menjawab, dosa zina takkan dihapuskan selagi saya tidak disebat dengan 100 kali rotan, seperti yang difirmankan oleh Allah di dalam al-Quran.

oleh itu, setelah berfikir panjang dan solat istikharah, saya telah membuat keputusan untuk berjumpa dengan seorang Hakim Mahkamah Syariah di negeri saya. saya menceritakan kepada beliau mengenai keadaan saya, dan saya memberitahu bahawa saya ingin mencuci segala dosa zina saya, dan saya ingin dihukum oleh hukuman 100 kali rotan. demi Allah saya mahu mencuci dosa saya.

beliau sangat terkejut dengan kata-kata saya. beliau tidak dapat memberi apa-apa jawapan kerana perlembagaan Malaysia tidak memperuntukkan kuasa kepadanya untuk menjatuhkan hukum 100 rotan kepada saya.

oleh itu Ustaz Zaharuddin yang mulia. saya ingin menjalani hukum 100 rotan supaya dosa saya disucikan. saya tidak mahu mati dengan membawa dosa besar zina ini.

tambahan pula, saya tidak boleh berkahwin dengan perempuan kecuali perempuan zina ataupun musyrik. saya pernah juga cuba menjalin hubungan yang bersih dengan beberapa orang perempuan, tapi kesemuanya gagal di tengah jalan.

jadi Ustaz, apakah caranya untuk saya menjalani hukum 100 rotan ini?

tolonglah bantu saya...

from : Hamba yang mencari keampunan
************************************************** *********

Jawapan Ustaz :

Tahniah kepada saudara kerana telah insaf dan ingin benar-benar bertawbat. Untuk menjawab soalan ini, pertama saudara perlu mengetahui amat besarnya dosa zina dan mestilah dengan segera bertawbat terutamanya ke ketika tiadanya hukuman hudud dilaksanakan di Malaysia.


Hukuman zina terdapat dengan jelas di dalam surah An-Nur ayat 2) Bagaimanapun, tindakan menyerah diri kepada pihak berkuasa pada hemat saya tiadalah gunanya di sisi Allah SWT, kerana undang-undang yang ada hari ini hanya memperuntukan hukuman bagi penzina yang sabit kesalahannya ; beberapa ribu ringgit, beberapa kali sebatan dan beberapa tahun penjara (saya tidak ingat dengan tepat hukumannya). Apa yang jelas semua ini bukanlah undang-undang yang dapat menghilangkan dosa zina di sisi Allah, malah merugikan lagi, dihukum dengan hukuman manusia dan tidak pula diampun di sisi Allah.

Cuma saya pernah mendapat satu pendapat yang agak ganjil tetapi ada rasionalnya iaitu, sesiapa yang ingin pasti menghapuskan dosa zinanya di zaman kini, mereka di cadangkan untuk pergi di Saudi Arabia yang mempunyai peruntukan hukuman sebat. Lalu orang yang berzina tadi bolehlah mengaku ia telah berzina dan akan dihukum di sana, maka hilangkan dosanya di sisi Allah SWT. Saya tidak mampu komen panjang akan cadangan ini, cuma pendapat peribadi saya, ia kelihatan boleh diterima dari satu sudut, walaupun mempunyai kontra dalam beberapa sudut yang lain.

Bagi individu yang tidak mampu keluar mencari hukuman atau tiada peruntukan hukuman sebenar (seperti ikhlasnya pemuda bernama Ma’iz bin Malik pada zaman Nabi yang mengaku berzina berkali-kali di hadapan Nabi untuk menghapuskan dosanya dengan rejaman – demikian di dalam riwayat Abu Daud dari Abu Hurayrah r.a ), maka tanpa syak lagi, Pertama : Pihak berwajib akan menanggung dosa kerana tidak menyediakan peruntukan hukumannya. Kedua : Individu yang telah berzina mesti segera bertawbat nasuha dan jangan sekali-kali putus asa dengan rahmat dan pengampunan Allah SWT.





Syarat tawbat ini adalah :-

Perlunya bersegera dan berterusan tawbat (selagi belum rasa hilang bersalah) . Firman Allah SWT ertinya : “ Sesungguhnya tawbat di sisi Allah hanyalah tawbat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertawabat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Tawbatnya ( An-Nisa : 17)

Berazam kukuh di dalam hati agar tidak lagi ingin kembali kepada perbuatan haram itu. Justeru ia mestilah menjauhkan dirinya dari mendekati apa jua situasi yang boleh membawanya ke arah lembah zina tadi. Tinggalkan semua jalan dan tempat yang boleh mengembalikan kepada zina.

Mempergandakan amal soleh, ia berdasarkan firman Allah ertinya : “ Kecuali orang-orang bertawbat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang” ( Al-Furqaan : 70 ). Justeru, banyakkan bersedakah, mengajar orang lain, kenalan dan lain-lain agar menjauhi dosa zina dan menyedarkan sesiapa jua yang mampu tentang dosanya. Maka dengan pahala kebaiakn ini diharap ianya dapat menutup dosa zina tadi.

Sekiranya melibatkan rogol, maka hukuman dan tawbatnya berbeza kerana ia melibatkan pencabulan hak manusia lain, dosanya lebih besar. Dalam hal zina denga rela kedua-dua belah pihak. Imam Abu Yusof (anak murid Imam Abu Hanifah) pernah mencadangkan agar kedua-dua pasangan berkahwin (sekiranya si wanita belum berkahwin) bagi menggugurkan hukuman hudud tetapi pandangan ini ditolak oleh seluruh ulama Mazhab empat. (Bada’I as-Sonai’ , Al-Kasani, 7/62 ; Al-Tasryi’ Al-Jinaie Al-Islami, Abd Qadir Awdah, 2/454). Walaubagaimanapun, dalam hal tawbat, pada hemat saya, ia elok dilakukan bagi menunjukkan kesungguhan tawbat seseorang. Wallahu ‘alam

0 comments:

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP