~Love Islam~

~Free Palestine~

~Zina MATA~

Tuesday, August 18, 2009

Apakah maksud zina melalui mata?
adakah pembacaan web2 sex @ blue juga di kira sebagai zina?

~Ain~


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudari Ain,

Didalam Kitab Hadith Sahih al Bukhari ~ # 72. Kitab Izin – Halaman 968 – Bab 5. (Apa yang dikatakan mengenai penzinaan anggota tubuh badan selain alat kelamin?)

Hadith # 2061. Di riawayatkan oleh Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu (diatas perwakilan Abu Huraira Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam telah bersabda : ” Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menulis untuk anak Adam bahagian penzinaan yang ia lakukan secara sedar ataupun tidak. Penzinaan mata adalah pandangan (memandang sesuatu yang diharamkan), penzinaan lidah adalah percakapan (yang mendorong kepada maksiat) dan nafsu dalaman dan keghairahan didalam jiwa yang di perakui atau dibantah alat kelamin seseorang!”

Dari huraian hadith tersebut di atas, jelaslah sudah bahawa perbuatan manusia yang memandang sesuatu yang diharamkan bagi kita menurut garis panduan dilarang kita memandang aurat mereka yang tidak halal bagi kita.

Bilamana kita secara rela memandang sesuatu pendedahan aurat orang lain atau perbuatan mereka yang dirakam dan didedahkan didalam klip video atau rakaman di laman laman web sepertimana yang Saudari Ain tanyakan itu, maka sudah terang lagi bersuluh akan kesalahan zina melalui mata seperti diterangkan didalam hadis di atas.

Sadaqa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Terpulang kepada kita untuk memutuskan samada kita hendak menyalahgunakan nikmat penglihatan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada kita dijalan yang diredhai Nya atau memandang perlakuan haram seperti didalam video video lucah dsbnya.

Tanggung lah natijahnya jika berani.

0 comments:

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP