~Love Islam~

~Free Palestine~

.:::DOSA ZINA MENGHANTUI HINGGA KIAMAT:::.

Tuesday, August 18, 2009

Dosa zina akan menghantui hingga kiamat
Soal Jawab Agama Oleh Dr. Amran Kasimin

>Soalan:
>Saya seorang pelajar berumur 23 tahun, telah berkenalan dengan seorang
>lelaki lebih kurang satu tahun. Umurnya setahun lebih muda daripada saya.
>Kerana terlalu sayang kepadanya dan untuk menjaga hatinya saya terlanjur
>lebih daripada sepuluh kali di samping untuk mencari keseronokan. Setiap
>kali selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, saya memperbanyakkan
>istighfar setiap kali sembahyang dan membaca Yasin untuk membersihkan hati.
>
>Saya ingin bertaubat, tetapi saya kalah dengan pujuk rayunya. Saya menjadi
>waswas, adakah Allah menerima sembahyang dan puasa saya? Saya ingin menjadi
>manusia baik seperti orang lain. Saya takutkan azab Allah. Bantu saya
>ustaz. - INSAF, Ipoh.


>
>Jawapan:
>Kasih sayang saudari terlalu mahal harganya. Saudari sanggup menjaga hati
>seorang manusia yang pandai memujuk rayu dengan menggadaikan maruah dan
>melakukan persetubuhan haram.
>
>Akibat tidak berupaya membelenggu nafsu yang ada pada diri, saudari tunduk
>di bawah tipu daya iblis dan syaitan. Kerana rayuan manusia bersifat
>syaitan, saudari melakukan perbuatan zina.
>
>Dalam surah al-Isra': 32 dijelaskan bahawa Allah subhanahu wa taala
>melarang semua orang daripada menghampiri zina kerana ia adalah perbuatan
>keji lagi buruk.
>
>Saudari tidak terkena balasan di dunia akibat perbuatan tersebut. Walaupun
>demikian, menurut Islam, seperti yang dijelaskan dalam al-Quran (an-Nur: 2)
>bahawa balasan zina ialah seratus kali dera. Allah menjelaskan bahawa
>balasan tersebut hendaklah dilakukan tanpa belas kasihan semata-mata kerana
>menjalankan hukuman Allah.
>
>Para ulama berpendapat bahawa balasan ini adalah bagi mereka yang bujang.
>Sekiranya mereka telah berkahwin, biarpun dilakukan sekali ketika hidupnya,
>mereka hendaklah direjam dengan batu sehingga mati.
>
>Demikianlah hukuman yang disebut dalam hadis-hadis. Andainya balasan itu
>tidak dikenakan ketika hidup di dunia, apabila pasangan yang berzina itu
>mati tanpa bertaubat, mereka akan diazabkan di dalam neraka.
>
>Dalam mentafsirkan ayat al-Quran (surah al-Hijr: 44) yang bermaksud, Neraka
>jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap pintu telah ditetapkan bagi
>golongan tertentu, Ata' bin Aslam bin Safwan, seorang Tabiin yang merupakan
>seorang ahli agama yang terkenal yang diperanakkan di Yemen menyatakan
>pintu neraka yang paling gelap, panas penuh dengan seksaan, baunya
>menjijikkan lagi meloyakan ialah pintu bagi mereka yang melakukan zina
>padahal mereka tahu tentang tegahan perbuatan zina.
>
>Dalam sebuah hadis, Baginda s.a.w. ada bersabda: Wahai orang yang beriman,
>takutilah kamu akan zina, kerana akibat daripadanya ada enam perkara, tiga
>di dunia dan tiga lagi akan berlaku di akhirat. Ada pun yang berlaku di
>dunia ialah kehilangan keceriaan wajah, pendek umur dan sentiasa dalam
>keadaan susah, manakala tiga balasan di akhirat ialah kemurkaan Allah,
>balasan yang buruk, juga azab di neraka.
>
>Rasulullah menjelaskan bahawa apabila seseorang itu berzina, maka akan
>keluarlah iman daripada dirinya seumpama awan yang melindungi atas
>kepalanya, kemudian apabila ia hilang, iman itu kembali semula.
>
>Dalam sebuah hadis lain, riwayat Al-Hakim, baginda bersabda: Barang siapa
>berzina ataupun minum arak, Allah cabutkan daripadanya iman, seumpama
>manusia menanggalkan pakaian daripada kepalanya.
>
>Hadis-hadis di atas dan juga hadis-hadis lain yang tidak dijelaskan di sini
>menyatakan bahawa seorang hamba yang melakukan zina, imannya telah keluar
>daripada dirinya. Bermaksud andainya dia benar-benar beriman kepada Allah,
>dia tidak akan berzina.
>
>Persoalan yang saudari hadapi kelihatan pada zahirnya terlalu mudah.
>Berkenalan dengan teman lelaki, jatuh sayang lalu melakukan zina. Pelbagai
>alasan dikemukakan, kerana menjaga hati, kerana terlalu cinta dan
>sebagainya. Sebab yang sebenarnya ialah kerana pada diri saudari sendiri
>pun ada nafsu untuk berbuat demikian.
>
>Apabila seseorang itu telah terjebak dengan zina, dia akan ketagih dan
>sentiasa terangsang. Tidak ada sesuatu pun yang hendak ditakutkan,
>lebih-lebih lagi sekiranya kedua-dua pihak pandai menyimpan rahsia, tidak
>mengandung dan tidak ditangkap basah.
>
>Walaupun demikian, sekiranya seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah
>dan memahami hukum syariah, dia akan memahami bahawa zina itu adalah
>termasuk dalam salah satu dosa besar yang membinasakan.
>
>Sekiranya seseorang itu terlepas daripada balasan dunia, kerana
>undang-undang itu tidak dilaksanakan, tiada undang-undang zina atau kerana
>sebab lain, balasan di akhirat tetap sedia menanti kecuali mereka
>bertaubat.
>
>Allah berfirman (al-Furqan: 68-70): Mereka yang tidak menyembah Tuhan yang
>lain selain Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali
>dengan alasan yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan
>demikian, nescaya dia mendapat balasan dosanya, akan digandakan azab
>untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan
>hina, kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan soleh,
>kejahatan mereka diganti oleh Allah dengan kebajikan. Allah maha pengampun
>lagi maha penyayang.
>
>Setiap kali selepas melakukan perbuatan zina, saudari beristighfar lepas
>sembahyang dan membaca Yasin untuk membersihkan hati. Dalam penjelasan yang
>lain, saudari menyatakan bahawa saudari ingin bertaubat tetapi kalah dengan
>pujuk rayu.
>
>Berdasarkan kenyataan ini, saya mengambil kesimpulan bahawa saudari tidak
>dapat membezakan antara beristighfar dan bertaubat. Beristighfar bererti
>memohon keampunan dan bertaubat pula bererti menyesal dan tidak mengulangi
>perbuatan dosa yang lalu. Hakikatnya beristighfar itu adalah bertaubat.
>
>Perlu difahami bahawa diterima atau tidak taubat seseorang hamba adalah di
>luar keupayaan manusia untuk memutuskan. Manusia tidak mampu memberi neraca
>timbangan.
>
>Walaupun demikian adalah diyakini bahawa antara tanda-tanda taubat
>seseorang itu diterima Allah ialah dia tidak akan mengulangi dosa itu
>berulang kali. Antara tanda-tanda taubat seseorang itu tidak diterima Allah
>ialah seseorang itu bertaubat, atau memohon keampunan, tetapi mengulangi
>dosanya.
>
>Inilah di antara tanda-tanda taubat yang tidak diterima Allah. Amalan
>seperti ini tidak ubah umpama mempersendakan Allah atau apa yang
>diistilahkan sebagai istihza.
>
>Saudari tahu zina itu berdosa. Allah memberi ancaman tentang balasan di
>dunia dan akhirat. Setiap kali selepas melakukan zina saudari membaca Yasin
>dan bertaubat, kemudian mengulanginya.
>
>Dalam tempoh lebih kurang setahun mengenali teman lelaki yang saudari
>kasihi sangat-sangat itu, saudari telah melakukan perbuatan zina lebih
>daripada sepuluh kali. Ia satu bilangan yang bukan sedikit dan berlaku
>dalam tempoh setahun pula.
>
>Kata-kata saudari tentang ``takut azab Allah'' hanya mainan lidah sahaja
>iaitu ketika timbul rasa kesal setelah berzina. Saudari pada hakikatnya
>tidak pernah takutkan Allah.
>
>Ketika menapak menemui kekasih saudari, saudari dipujuk rayu dan
>terus-menerus menyerahkan kehormatan diri untuk melakukan maksiat.
>Sesungguhnya mainan lidah dan gerak laku manusia itu adalah dua perkara
>yang berbeza.
>
>Perilaku manusia adalah hakikat diri yang sebenar. Saudari faham bahawa
>apabila setiap kali berjumpa teman lelaki akan memujuk rayu dan saudari
>akan menyerah kalah. Kerana itu, kalau saudari benar-benar tidak mahu
>melakukan zina dan takut azab Allah, saudari mesti mengelakkan diri
>daripada berjumpa dengannya.
>
>Saudari terlalu berkeinginan menjadi manusia baik seperti orang lain. Untuk
>menjadi baik ketika menghadapi masalah-masalah seperti yang saudari hadapi,
>segala-galanya bergantung pada diri sendiri. Balik ke pangkal jalan dan
>jangan melakukan maksiat lagi.
>
>Memang benar dalam keadaan seperti ini tidak mudah saudari melepaskan diri
>daripadanya. Terasa maruah diri dalam genggamannya. Menjadi seumpama kelapa
>telah ditebuk tupai. Sukar untuk mencari lelaki lain. Saudari di
>persimpangan antara kasih, ketagih, nafsu, maruah diri dan kekangan berumah
>tangga.
>
>Lelaki yang baik memerlukan perempuan-isteri yang baik. Dalam keadaan
>bergelumang dosa, saudari perlu mempunyai maruah diri. Tanya secara terus
>terang sama ada teman saudari itu ingin memperisterikan saudari atau
>semata-mata melepaskan nafsu sahaja.
>
>Lebih baik dikenal pasti hasratnya yang sebenar dari awal lagi daripada
>saudari ditinggalkan begitu sahaja setelah puas dia menguliti saudari dan
>badan dimamah usia.
>
>Lelaki yang benar-benar ingin menjadikan teman perempuannya sebagai isteri
>akan memelihara dan menjaga bakal isterinya itu sebaik mungkin dan
>menjauhkan diri daripada melakukan zina.
>
>Jangan jadikan amalan zina ini tiket berkahwin, ditakuti kalau-kalau
>saudari bertemu dengan teman lelaki yang merosakkan orang lain tetapi dia
>sendiri mahukan perempuan yang suci dan tidak ternoda untuk dijadikan
>seorang isteri.
>
>Di antara dosa zina dengan penerimaan ibadah sembahyang, puasa dan lainnya
>adalah dua perkara yang berlainan. Ketahuilah bahawa zina adalah termasuk
>dalam dosa besar. Di akhirat kelak, segala dosa dan pahala manusia akan
>ditimbang.
>
>Sekiranya dosa ternyata banyak, hamba berkenaan akan dimasukkan dalam
>neraka, tetapi akhirnya dia akan dimasukkan juga dalam syurga andainya dia
>tetap mengaku Allah itu Tuhannya, dan Muhammad itu rasul-Nya.
>
>Orang yang melakukan ibadah sembahyang dan puasa dengan cukup syarat akan
>diterima Allah amalannya dan diberi pahala. Namun sekiranya dia banyak
>melakukan dosa, termasuk dosa-dosa besar seperti zina, maka pahala ibadah
>tersebut akan hanya menjadi penebus dosa-dosa tadi.
>
>Walaupun demikian, orang yang benar-benar sembahyang dan diterima Allah
>sembahyangnya tidak akan melakukan kejahatan dan kemungkaran termasuk dosa
>zina kerana sembahyang mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan
>kemungkaran.


------------------------------
http://www.um.edu.my

0 comments:

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP