~Love Islam~

~Free Palestine~

Zina? What does it Mean???

Tuesday, August 18, 2009

Soalan:


Perkataan zina itu memang selalu di dengar, tetapi bila kah ianya di sabitkan sebagai zina? Adakah perbuatan itu di panggil zina jika hanya zakar bergesel di atas faraj tanpa memasukkan zakar ke lubang faraj( tanpa hilang dara) atau memasuki zakar kedalam lubang faraj hingga hilang dara?



Jawapan:


Zina ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).

Jangankan untuk bersentuhan, apa-apa yg boleh membawa kepada perbuatan zina harus dijauhi, seperti tangan menjauhi bara api.

Apabila berkhalwat diharamkan, maka bersentuhan lebih-lebih lagi ianya maksiat dan haram. Kalau sudah sampai tahap berzina, tentu akibat, dosa & balasannya lebih keji lagi.

Islam mempraktikkan kaedah pencegahan yang terbaik iaitu dengan MENUTUP PINTU-PINTU kemaksiatan, tidak sekadar menutup kemaksiatan itu. Sebab itu dalam al-Quran dinyatakan “Jangan MENGHAMPIRI zina”. Tidak “Jangan berzina”. Maksudnya, apa saja yang berupaya mengarahkan manusia ke arah kemaksiatan dan kerosakan, Islam mencegahnya dari awal. Inilah kaedah pencegahan terbaik. Hal ini menunjukkan sikap berhati-hati agama Islam yang tidak ada pada agama lain.

Sesiapa yg sudah terlanjur, kembalilah bertaubat kepada Allah, mudah-mudahan di beri keampunan, taufik & hidayah.

Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani. Selagi nyawa dikandung badan, pintu taubat masih terbuka. Jangan sia-siakan setiap saat yang diberi Allah. Kalau ajal sudah sampai, tertutuplah pintu taubat, sejuta sesalan tidak akan berguna lagi.

0 comments:

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP