~Love Islam~

~Free Palestine~

Zina Hati STORY (Part 1)

Thursday, August 20, 2009

ZINA HATI...


Hati tempat jatuhnya pandangan Allah, jika piala hati itu telah dikotori dengan lagak "zina hati" (terfikir akan teman lelaki/wanita) maka apakah kan terpandang hati itu oleh Allah lagi? sama-sama kita renungkan dan menyusun taubat. whlm.

p/s:"Jagalah hati, jangan kau kotori"

Maaf

"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik ya~…
-Amin, UK-"

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun. Aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah lah pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.


Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu. Aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu lah sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL. Aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak. Aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…

Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan mereka kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit lah pendek cerita!."

"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.

"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.

Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!

"Erh, abaikan saja lah. Saja saja saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun. Aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.

Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.

'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free saja." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday. Aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.

"Ok.thank you..." balasnya pula.

Keesokannya. Aku menanti awal dia online.

'untuk. untuk. untuk..' Amin has signed in.

Oh, tepat sungguh waktunya...

Amin: assalamualaikum wbt.

Wani: wsalam…

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah. .. sihat2..=) awak?

Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tapi tak mengapa, ok saja semua

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the birthday wish last week...

Amin: welcome… tak balik. banyak kerja sikit tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...

Wani: wah, rajinnya... baguslah!

Amin: hurm...

Amin: study macam mana?

Wani: ok saja... new sem ni berat sikit.. Jadual pack.

Amin: oic...

Amin: tak mengapa, study rajin2 ye..

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

Amin: hurm…

Wani: apa dia? tanya lah… sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'… tak lebih daripada tu… tapi, special sikit… tiada couple-couple macam org lain… declare pun tak kan?

Wani: so, statusnya kawan saja lah…

Amin: hurm…

…..

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion saja lah - antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja… yang lain-lain.. atas alasan apa sekali pun ia tak patut diterima..

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Wani: jadi…

Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…

Amin: sebab……

Amin: sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan juga keliru…

Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…

Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'…

Amin: huh…

Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…

Amin: kononya Islamik…

Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sebenarnya yang dah menyarungkan benda yang tak baik ni dengan Islam… then, org nampak Islamik…

Amin: saya rasa tak ada beza pun kita dengan org lain yang duduk ber'couple2' ini..

Amin: hurm…..

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…

Amin: sorry… sorry banyak-banyak untuk segala apa yang telah kita buat…

Amin: dan sorry juga sebab telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…

Astaghfirullahalazi m. Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…

Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…

Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam.

Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya. Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah. . Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.

"Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.

"Ya bang, Wani turun…"

Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2057' esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.

Read more...

~Jawapan Kepada ZINA HATI~

Soalan

thank you atas penjelasan tu.

tp, secara jujur saye katekan, sepanjang kami berkenalan, kami hanya
berjumpa beberapa kali bersama2 teman perempuan saye. kalau diikutkan
perangai saye yg sebenar, saye bukanlah jenis yg pemalu sgt tp apabila
saye
berjumpa dgn dia, saye memang 100% malu. saye akan kurang bercakap dan
cube
mengelak dr pandang wajah dia. same juga dgn dia. kami tidak
berjalan/duduk
terlalu rapat. so, boleh dikatakan secara fizikalnya, kami menjaga diri
masing2 dr melakukan maksiat.

cume yg mengelirukan saya dan buat saye resah, saye takut diri saye
terjebak dgn “zina hati” bile saye teringat psl dia. biasanya, saya
akan
membayangkan saat2 kami berjumpa, kata2 dia dan kadang2 saye mcm
berangan2
berumah tangga dgn dia. saye cube elakkan dr bayangan sexual semata2
sebab
saye tahu itu memang jelas haram. tp, yg selalu terbayang dlm fikiran
saye,
kehidupan kami as suami isteri contohnya, saye masak utk dia, bermesra
dgn
anak2. itu memang selalu saye fikirkan. so, adakah itu salah satu dr
“zina
hati”?

memang terlintas di hati saye utk berkahwin tp usia kami terlalu muda
dan
kami masih belajar. kami tidak pernah berbincang psl perkahwinan. apa
yg
dia selalu bgtau saye, dia suruh saye bersabar and tunggu beberapa
tahun lg
utk kami habiskan pengajian. setakat ini, saye masih lg boleh kawal
nafsu
sexual saye tp yg saye tak bole kawal adalah perasaan rindu sebab kami
berjauhan. perasaan tu la yg buat saye lalai sedikit sebyk. saye cube
tenangkan fikiran saye dgn solat sunat, baca Quran tp tu tak kekal
lame.

saye harap, saudara bole tolong beritahu saye, the best way yg saye
bole
buat supaya saye tidak terjebak dgn “zina hati” selain drpd berkahwin..

thank you!

Jawapan

Assalamu `alaikum Wr. Wb.

Al-Hamdulillahi Rabbil `Alamin, Washshalatu Wassalamu `Alaa Sayyidil
Mursalin, Wa `Alaa `Aalihi Waashabihi Ajma`in, Wa Ba`d

Segala puji saya panjatkan kepada Allah di atas kesempatan yang
diberikan
untuk menjawab pertanyaan yang telah saudari kemukakan. Saya mengirakan
saudari tidak berapa jelas akan jawaban yang telah saya berikan tempoh
hari. Saya bermohon kepada Allah swt agar sentiasa menjaga niat kita
semata
mata mencari kebenaran dan tidaklah mencari alasan dalam kebenaran utk
memuaskan hawa nafsu kita.

Semoga Allah menempatkan kita ke dalam golongan golongan yang
dikehendakinya; yang beroleh kebaikan sebagaimana yang di sabdakan oleh
Rasulullah saw:

“Apabila Allah berkehendakkan kebaikan bagi hambaNya, maka akan
difakihkannya dengan agama, di zuhudkannya dengan dunia dan
diperlihatkan
kesalahan kesalahannya”
(Riwayat Baihaqi dari Anas r.a)

Sesungguhnya syaitan adalah musuh kita yang nyata, yang sentiasa
menyerukan
kepada kesesatan dan kehancuran, yang sentiasa membaluti kemungkaran
dengan
kebajikan untuk mengaburi mata sekelian manusia kecuali hamba hamba
Allah
yang ikhlas.

“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa
aku
sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan
maksiat)
di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali
hambahamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”.
(Al Hijr 15:39-40)

Saya memohon kepada saudari untuk menekuni, mencermati dan menyabari
atas
tulisan saya ini. Saya akan menerangkan dari satu hal kepada hal yang
lain
yang saling berkaitan untuk memberi kefahaman yang utuh kepada saudari.
Kewajiban pada saya untuk menukilkan segala apa yang saya tahu buat
saudari
dengan disertakan segala hujah hujah yang jelas dan nyata agar
terungkai
segala permasalahan.

“Katakanlah :Inilah jalanku, mengajak manusia kejalan Allah di atas
hujah
hujah yang nyata, aku dan orang orang yang mengikutiku, dan aku
tidaklah
termasuk orang orang yang musyrik”
(Yusuf 12:108)

Di sini saya berpegang kepada pendapat Prof Dr Yusuf Qardawi yang
mengatakan ;

“Saya merasa tidak sependapat dengan teori sebahagian ulama’ masa
dahulu
dan sekarang dalam memberikan jawapan kepada pertanyaan orang yang
sedang
menghadapi kemusykilan, di mana mereka hanya menjawabnya dengan kalimah
kalimah seperti perkara ini boleh dan perkara itu tak boleh atau
perkara
ini halal dan perkara itu haram. Menurut hemat dan pandangan saya,
bahawa
seorang mufti adalah juga seorang guru, pembimbing, pemimpin, doktor
dan
juga penyuluh masyarakat. Oleh sebab itu dia mesti berusaha untuk
memberikan penjelasan dan pengertian yang secukupnya bagi jawapan
jawapan
yang disajikan kepada orang yang bertanya. Dengan cara demikian, orang
yang
belum tahu dapat mengerti dan orang orang yang tidak dapat tahu dapat
belajar dan orang yang lupa dapat diingatkan.”

Saudari telah bertanya berkaitan dengan keadaan saudari yang khuatir
terjebak dengan apa yang dikatakan sebagai “zina hati” akibat dari
perhubungan saudari dengan seorang lelaki. Saya difahamkan bahawa
saudari
masih lagi menjaga batas2 pergaulan sebagai contoh, berjalan/duduk
tidak
terlalu rapat, mencuba sedaya upaya dari memandang wajah masing masing
dan
keluar ditemani oleh teman teman perempuan yang lain.

Sebelum kita melangkau lebih jauh lagi, mari kita lihat hadith
Rasuslullah
saw yang berkaitan dengan zina hati.

“Telah ditetapkan atas manusia bagiannya dari zina. Ia pasti
mendapatkan
hal yang demikian itu. Zinanya mata adalah memandang, zinanya telinga
adalah mendengar, zinanya lidah adalah berbicara ,zinanya tangan adalah
meraba, zinanya kaki dengan melangkah dan zinanya hati dengan
berkeinginan,
berangan angan dan membenarkan atau mendustakan kemaluan.”
(Riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud dan lain lain)

Sekarang mari pula kita lihat ayat Allah swt yang mengharamkan
perbuatan
zina dan sekaligus mengharamkan segala perbuatan yang menjurus ke
arahnya.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa 17:32)

Di sini Allah telah mengisyaratkan bahawa perbuatan zina adalah haram
dan
segala jalan yang menuju ke arahnya menjadi haram. Sebagai contoh,
dapat
kita ketahui bahawa menonton pornografi akan mendorong kepada zina,
maka
hukumnya haram. Begitu juga dalam perihal bercouple, dapat kita
saksikan
kini betapa ramai muda mudi yang terlanjur akibat dari bercinta, maka
hukumnya turut menjadi haram. Saya cukupkan dulu di sini akan
perbahasan
yang berkaitan hukum bercouple untuk membolehkan kita membahaskan hal
yang
lain.

Sekarang mari kita meneliti kedudukan cinta dalam hati manusia yang di
ajarkan oleh Islam.

” Katakanlah: “Jika bapak bapak, anakanak, saudara saudara, istri
istri,
kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang
kamu
khawatiri kerugiannya, dan rumah rumah tempat tinggal yang kamu sukai,
adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari)
berjihad di
jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya.” Dan
Allah
tidak memberi petunjuk kepada orang orang fasik.”
(At Taubah 9:24)

” Dan di antara manusia ada orang orang yang menyembah tandingan
tandingan
selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah.
Adapun orang orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika
seandainya orang orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka
melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah
semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaanNya (niscaya mereka
menyesal).”
(Al Baqarah 2:165)

“Katakanlah: “Jika kamu (benar benar) mencintai Allah, ikutilah aku
(Muhammad), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa dosamu.” Allah
Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Ali Imran 3:31)

“Tidak sempurna iman seseorang sebelum ia lebih mencintaiku berbanding
bapanya, anaknya dan seluruh umat manusia”
(HR Bukhari)

Sesungguhnya bagi seorang yang beriman, wajib baginya untuk meletakkan
kecintaannya pada Allah, RasulNya dan pada jihad di jalanNya lebih dari
segala bentuk kecintaan yang lain walaupun pada ibubapanya sendiri.
Sedangkan yang terkait perhubungan di antara dua jantina yang bukan
mahram
Allah menegaskan bahawa ianya bukanlah cinta tapi syahwat semata.

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan syahwat kepada apa
apa
yang diingini, yaitu: wanita wanita, ??.”
(Ali Imran 3:14)

Maka jelaslah di sini bahawa percintaan antara bukan mahram adalah
sesuatu
yang tidak diajarkan di dalam Islam. Ianya tidak terdapat dalam Sirah
Rasulullah saw, para sahabatnya dan kehidupan para salafus soleh, dan
sesungguhnya dunia Islam sedia maklum bahawa zaman merekalah sebaik
baik
zaman yang pernah wujud dalam sejarah Islam dan kepada merekalah kita
mengambil tauladan.

Sekarang mari kita meneliti pula batasan batasan yang telah ditetapkan
oleh
Islam terhadap pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Kita biasa mendengar bahawa rata rata pasangan mengatakan bahawa Islam
membenarkan pergaulan lelaki dan perempuan yang bukan mahram cuma saja
ia
ada batas batasnya. Cuba kita tanya mereka semula, tahukah mereka
apakah
batas batasnya?

Ayuh kita renung firman Allah ini :

” Katakanlah kepada orang laki laki yang beriman: “Hendaklah mereka
menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah
lebih
suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka
perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka
menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka
menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya?.. .”
(An Nuur 24:30-31)

” Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang
disembunyikan
oleh hati.”
(Ghafir 40:19)

Dan seterusnya pada hadith Nabi saw :

Dari Jarir r.a, ia bertanya kepada Rasulullah saw tentang memandang
secara
mendadak. Baginda pun menjawab :”Palingkanlah pandanganmu”
(HR Muslim dan Tirmidzi)

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan
sekali-kali
dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya,
karena yang ketiganya ialah syaitan.”

(Riwayat Ahmad)

“Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu menyendiri dengan
seorang
perempuan, kecuali bersama mahramnya.”

Imam Qurthubi dalam menafsirkan firman Allah yang berkenaan dengan
isteri-isteri Nabi, yaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53,
yang
artinya: “Apabila kamu minta sesuatu (makanan) kepada mereka
(isteri-isteri
Nabi), maka mintalah dari balik tabir. Karena yang demikian itu lebih
dapat
membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu,” mengatakan:
maksudnya perasaan-perasaan yang timbul dari orang laki-laki terhadap
orang
perempuan, dan perasaan-perasaan perempuan terhadap laki-laki. Yakni
cara
seperti itu lebih ampuh untuk meniadakan perasaan-perasaan bimbang dan
lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang bukan-bukan dan lebih positif
untuk melindungi keluarga.

Ini berarti, bahwa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dalam
hubungannya dengan masalah bersendirian dengan seorang perempuan yang
tidak
halal baginya. Oleh karena itu menjauhi hal tersebut akan lebih baik
dan
lebih dapat melindungi serta lebih sempurna penjagaannya.

Insyaallah saya akan mengungkapkan satu kisah yang terjadi di kala
pemerintahan Amirul Mukminin Umar Al Khattab r.a. Pada suatu hari,
beliau
mendengar keluhan seorang wanita yang mengatakan “Alangkah indahnya
andai
aku menjadi surirumah si fulan”. Lantas Umar memanggil pemuda yang
disebutkan wanita tersebut dan mengarahkannya untuk menggondolkan
kepalanya. Nyata ketampanan pemuda tersebut lebih terserlah dengan
kebotakannya, lantas Umar mengarahkannya untuk keluar daerah. Jadi,
kalau
dilihat apakah kesalahan pemuda tersebut? Tiada apa apa cuma Umar
bimbang
akan zina hati yang telah menguasai wanita tersebut.

Di sinilah dapat kita lihat bagaimana tegasnya Umar r.a menjaga
rakyatnya
dari terjebak dari zina hati yang di larang oleh Islam. Di zaman
dahulu,
ketika Islam masih lagi berkuasa di atas muka bumi, permasalahan ini
tidak
pernah timbul. Anak perempuan masih lagi malu malu untuk keluar rumah,
mereka hanya menanti di rumah menunggu pinangan lelaki, dan andaikata
mereka terjerumus ke dalam kancah percintaan yang di luar perkahwinan,
mereka akan dicemuh oleh segenap masyarakat.

Dan apabila keadaan mula berubah, wanita sudah mula mendapat tempat di
universiti universiti, mereka sudah mula menjadi pegawai pegawai di
jabatan
awam dan di sinilah bermulanya satu budaya yang di ceduk dari Barat
iaitu
bercouple. Dan sebegitu hebatnya perancangan yang dilakukan oleh Barat
sehinggakan mereka telah mengubah satu adat yang bersesuaian dengan
Islam
kepada apa yang bersesuaian dengan adat mereka.

” Orangorang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga
kamu
mengikuti agama mereka. Katakanlah:”Sesungguhnya petunjuk Allah itulah
petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan
mereka
setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi
pelindung dan penolong bagimu”.

(Al Baqarah 2:120)

Islam adalah agama yang sesuai untuk setiap zaman. Hukumnya ada yang
tetap
seperti asal dan ada yang berubah mengikut zaman. Dan ulama tidak
pernah
memberi kelonggaran kepada para muda mudi untuk bercinta di luar
perkahwinan kerana nyatanya ia adalah bukan sesuatu dari Islam dan ia
pasti
akan membawa kerosakan. Ia dapat dipastikan sendiri pada ketika ini,
betapa
hancurnya akhlak muda mudi kita akibat dari apa yang mereka namakan
sebagai
sebuah cinta suci.

Saudari telah meminta saya untuk memberikan solusi kepada satu
permasalah
yang berkaitan dengan zina hati akibat dari bercinta dan saya tidak
dapat
memberikan satu pun jawaban kerana mana mungkin untuk menerangkan cara
mengelakkan zina hati yang haram andaikata bercinta itu sendiri adalah
sebahagian dari jalan ke arah zina itu sendiri. Saudari mahu
menyelesaikan
satu permasalahan secara Islamik (mengelakkan zina hati) terhadap satu
permasalahan yang tidak Islamik (bercouple). Nescaya saudari tidak akan
menemukan jawabannya.

Dan sesungguhnya saya tidak akan memberikan jawaban yang bertentangan
dengan Islam semata mata untuk menyenangkan hati saudari dan memuliakan
diri saya sendiri. Sesungguhnya, yang benar telah jelas benarnya, yang
bathil telah jelas kebatilannya. Sesungguhnya kebenaran pasti akan
menghancurkan kebathilan

“Dan katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”.
Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”

(Al Israa 17:81)

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah
jelas
jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa
yang
ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia
telah
berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan
Allah
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Al Baqarah 2:256)

Maka dengan itu, sekiranya saudari mahu satu solusi yang lain daripada
pernikahan, maka ianya tidak lain dan tidak bukan adalah berpisah
darinya
dan bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar benar taubat. Andaikata
benar
dia adalah jodohmu, pasti Allah akan menemukan dirimu dengan dirinya di
dalam keadaan yang lebih baik. Sesungguhnye telah kering pena yang
menulis
pengaturan hidupmu. Telah tertulis di dalam Lauh Mahfuz siapa yang akan
menjadi suamimu.

Saya sendiri telah mengambil kedua dua langkah yang telah saya sarankan
kepada saudari iaitu berpisah atau bernikah. Saya telah mengambil
keputusan
meninggalkan pasangan saya kerana saya tahu ianya sesuatu yang
bertentangan
dengan Islam. Dan alhamdulillah saya juga telah mengambil langkah
dengan
bernikah dengan seorang gadis melalui cara yang lebih baik iaitu
melalui
pernikahan secara Islamik. Dan buat pengetahuan saudari, saya masih
lagi
seorang pelajar yang baru menganjak usia 21 tahun dan pernikahan saya
baru
berusia 7 bulan. Moga Allah memberikan kami rezeki dan rahmat dari
sisiNya

“Dan di antara tanda tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu
istri
istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya
pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang
berpikir.”
(Ar Ruum 30:21)

“Dan kawinkanlah orang orang yang sendirian di antara kamu, dan orang
orang
yang layak (berkawin) dari hamba hamba sahayamu yang lelaki dan hamba
hamba
sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan
mereka
dengan kurniaNya. Dan Allah Maha luas (pemberianNya) lagi Maha
Mengetahui.”
(An Nuur 24:32)

Hadaanallahu Wa Iyyakum Ajma`in, Wallahu A`lam Bish-shawab,

Wassalamu `Alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.

Daftar rujukan:

1. Terjemahan Al Quranul Karim
2. Kitab Tazkiyah ; Cahyadi Takariawan
3. Menyiapkan Anak Perempuan Solehah ; Munir Muhammad Al Ghadban
4. Perjalanan Ruhani Menuju Allah ; Said Hawwa
5. Selamatkan Putra Putrimu Dari Lingkunga Tidak Islami; Faramarz
Bin
Muhammad Rahbar
6. Agar Dicintai Allah; Abdul Hadi Hasan Wahbi
7. Mendidik Cara Nabi Saw; Najib Khalid al-’am
8. Fiqh Dakwah Muslimah; Dr Ali Abdul Halim Mahmud
9. Pusat Konsultasi Syariah, www.eramuslim.com, bahagian soal jawab.


Al Faqir Ila Allah
Abu Syuhada
Mohd Sahrularifin Ab Manan
Mechanical Maintenance Department (Trainee)
Centralized Utility Facilities (CUF) Gebeng,
Petronas Gas Berhad.

Read more...

PERKAHWINAN vs ZINA

Tuesday, August 18, 2009

MENGURUSKAN FIKIRAN TENTANG PERKAHWINAN



Saya masih ingat kepada tulisan Ustaz Maszlee Malik tentang Fenomena Cinta Anta Anti beberapa bulan yang lalu. Anggaplah artikel saya ini sebagai penyambung kepada mesej yang sama, iaitu usaha untuk mendidik adik-adik remaja memikirkan tentang perkahwinan yang seimbang di antara tuntutan yang idealistik dengan realiti. Berlandaskan agama...

Bagi mereka yang tidak segan untuk menguruskan cinta dan perkahwinan mereka mengikut kemahuan hawa nafsu dengan membelakangkan wahyu, biarlah mereka belajar tentang akibat yang bakal ditanggung.

Di dalam artikel saya sebelum ini, saya berkongsi nasihat dengan adik-adik bahawa jika mereka yang bercouple dan buat 'ringan-ringan' sebelum berumahtangga akan menghadapi kesannya di masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumahtangga, si suami akan terfikir, "jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?" Kecurigaan ini menyebabkan jiwanya gelisah setiap kali meninggalkan isteri di rumah. Manakala si isteri berfikir dengan kecurigaan yang sama. Akhirnya rumahtangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang mencuit, pasti berbalas tuduh menuduh.

Ia bukanlah teori saya, tetapi sebahagian daripada pengalaman yang dikutip semasa mengendalikan kursus bersama Fitrah Perkasa. Pasangan yang pernah berzina sebelum bernikah, akan dihukum oleh Allah di dunia, sebelum hukuman Akhirat. Apakah ada ketenangan hidup, jika rumahtangga diselubungi prasangka? Itulah neraka dunia balasan zina, sebelum neraka Akhirat yang maha seksa lagi duka.

Namun bagi adik-adik yang mempunyai kesedaran Islam, cara mereka 'menjaga hukum Allah' perlu dibimbing. Bukan apa, kadang-kadang pendekatan mereka menimbulkan kehairanan kepada saya. Syariat manakah yang mengajar Muslimat supaya menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor? Islam manakah yang mengajar Muslimat kita supaya bercakap seperti 'warden penjara' ketika berurusan dengan Muslimin, semata-mata kerana mahu menghayati kehendak Syarak agar mereka tidak melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah.

Bagi Muslimin juga, pelbagai karenah yang timbul. Kerana mahu menjaga Syariat, mereka langsung tidak berhubung semasa bertunang sehingga tidak kenal di antara satu sama lain. Maka terbatallah hikmah pertunangan yang dianjurkan oleh Islam. Kita menjadi seperti robot keras yang jika tidak A, maka B. Ada yang bertanya kepada saya, berapakah kadar panggilan telefon yang boleh dibuat dalam seminggu semasa bertunang? Kepelbagaian andaian dan cuba-cuba mereka untuk merealisasikan komitmen terhadap agama, mengundang saya untuk berkongsi pengalaman agar adik-adik yang beriltizam dengan Islam ini dapat mencari contoh yang praktikal. Perkahwinan saya jauh daripada layak untuk menjadi contoh yang paling sempurna. Namun, pada satu dua benda yang baik, bolehlah diambil sebagai teladan. Mana-mana yang silap, jadikan sebagai sempadan.

Saya telah bertemu dengan banyak contoh pasangan yang sudah terlalu lama 'mengikat' hubungan tetapi lambat menuju perkahwinan, akhirnya kecundang di tengah jalan. Malah ramai yang berubah menjadi musuh. Hal ini, janganlah terlalu cepat dikaitkan sebagai 'hukuman dari Allah' kerana pernah ada cela zahir atau batin antara kedua pasangan itu. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang terlalu lama kenal tetapi tidak menyegerakan perkahwinan, akan dengan sendirinya berubah menjadi musuh akibat fitrah perhubungan itu sendiri.

Bagi pasangan yang berumahtangga, setahun dua yang pertama, biasanya indah dan ditambah lagi dengan kedatangan cahaya mata penyeri rumahtangga. Tetapi apabila masuk tahun ketiga dan keempat, hubungan suami isteri akan teruji. Mudah terjadi, suami mula mudah marah terhadap isteri. Manakala si isteri pula kerap tertekan dengan 'warna sebenar suaminya'.

Saya masih ingat kata-kata Profesor Abdullah al-Ahsan di UIA ketika mengulas tentang Romanticism, "kita selalu tidak rasional dan realistik semasa kita romantik!". Mungkin di awal perkahwinan, romantik itu kuat mendominasi rumah tangga. Ketika itu suami fokus kepada isteri dan isteri pula fokus kepada suami. Tetapi ketika munculnya anak pertama, kedua-duanya beralih fokus kepada anak dan selepas muncul anak kedua, fokus itu perlu diubah suai lagi. Semasa itulah, rumahtangga lebih didominasi oleh tanggungjawab dan tugas. Seronok-seronok sudah berkurang sedikit. Tetapi ia adalah proses biasa.

Hubungan suami dan isteri boleh selamat dan terus memanjat usia matang pada tahun-tahun yang berikutnya. Selamat kerana proses itu berlaku di dalam perkahwinan, bukan di luar. Ini adalah kerana, perkahwinan sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta, kasih sayang, tanggungjawab dan peranan. Ada hari air pasang, cinta memainkan peranan. Ada hari air surut, maka tanggungjawab dan kematangan pula mengambil tugas.

Akan tetapi bagi pasangan yang berkenalan semenjak di sekolah menengah, atau di matrikulasi, tetapi selepas tiga atau empat tahun, mereka masih belum berumahtangga, hubungan mereka akan melalui proses yang sama. Malangnya proses itu berlaku di luar perkahwinan. Cinta jadi derita, tiba-tiba sahaja satu perasaan yang pelik datang, dan dengan mudah, mereka akan memutuskan hubungan tersebut. Jemu, itu sahaja.

Sebab itulah, saya sering memberi dorongan kepada adik-adik bahawa, kita tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Janganlah berjinak-jinak untuk berkawan antara lelaki dan perempuan semasa di matrikulasi, jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan membenarkan perkahwinan, kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen 'atas angin' yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi yang saya terjemahkan ia sebagai JEMU.

Syukur, saya terselamat dari ujian itu. Semenjak di Tingkatan 1, kehidupan saya di sekolah menengah amat sibuk. Pelajaran, disertai dengan usrah, gerak kerja persatuan, pertandingan-pertandingan yang disertai dan pelbagai aktiviti menjadikan saya terfokus kepada memanfaatkan umur ketika itu tanpa perlu 'cuba-cuba bercinta'. Benarlah kata pepatah Arab:


"Air yang tidak mengalir, akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong, akan dibunuh oleh masa kosong itu"

Walau bagaimana pun, pasti sudah ramai yang telah pun berada di 'situ'. Sudah kenal. Sudah lama kenal.

Untuk mereka, janganlah pula pendapat saya ini menjadi alasan untuk cepat seseorang itu memutuskan perhubungan. Janganlah biarkan diri kita dipandu oleh keputusan-keputusan emosi semata-mata. Jika pasangan lelaki atau perempuan sudah baik agamanya, atau yang paling utama, sedia dididik dan mahu belajar, maka terimalah seadanya. Saya cukup terkilan apabila mendengar ada dari kalangan adik-adik, khususnya Muslimah, yang terlalu mudah mengambil keputusan memutuskan hubungan semata-mata beralasan terasa ada kesilapan malah dosa yang terselit di celah-celah perkenalannya dengan seorang lelaki Muslim yang baik. Jika pernah buat silap, bawalah bertaubat dan bukannya dengan sewenang-wenang membatalkan hubungan. Ingatlah pesan Nabi SAW,

"Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas". (HR. Tirmidzi)

Pesan saya kepada adik-adik di kampus, dalam soal perkahwinan ini, JANGAN TERGESA-GESA, DAN JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Read more...

.:::DOSA ZINA MENGHANTUI HINGGA KIAMAT:::.

Dosa zina akan menghantui hingga kiamat
Soal Jawab Agama Oleh Dr. Amran Kasimin

>Soalan:
>Saya seorang pelajar berumur 23 tahun, telah berkenalan dengan seorang
>lelaki lebih kurang satu tahun. Umurnya setahun lebih muda daripada saya.
>Kerana terlalu sayang kepadanya dan untuk menjaga hatinya saya terlanjur
>lebih daripada sepuluh kali di samping untuk mencari keseronokan. Setiap
>kali selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, saya memperbanyakkan
>istighfar setiap kali sembahyang dan membaca Yasin untuk membersihkan hati.
>
>Saya ingin bertaubat, tetapi saya kalah dengan pujuk rayunya. Saya menjadi
>waswas, adakah Allah menerima sembahyang dan puasa saya? Saya ingin menjadi
>manusia baik seperti orang lain. Saya takutkan azab Allah. Bantu saya
>ustaz. - INSAF, Ipoh.


>
>Jawapan:
>Kasih sayang saudari terlalu mahal harganya. Saudari sanggup menjaga hati
>seorang manusia yang pandai memujuk rayu dengan menggadaikan maruah dan
>melakukan persetubuhan haram.
>
>Akibat tidak berupaya membelenggu nafsu yang ada pada diri, saudari tunduk
>di bawah tipu daya iblis dan syaitan. Kerana rayuan manusia bersifat
>syaitan, saudari melakukan perbuatan zina.
>
>Dalam surah al-Isra': 32 dijelaskan bahawa Allah subhanahu wa taala
>melarang semua orang daripada menghampiri zina kerana ia adalah perbuatan
>keji lagi buruk.
>
>Saudari tidak terkena balasan di dunia akibat perbuatan tersebut. Walaupun
>demikian, menurut Islam, seperti yang dijelaskan dalam al-Quran (an-Nur: 2)
>bahawa balasan zina ialah seratus kali dera. Allah menjelaskan bahawa
>balasan tersebut hendaklah dilakukan tanpa belas kasihan semata-mata kerana
>menjalankan hukuman Allah.
>
>Para ulama berpendapat bahawa balasan ini adalah bagi mereka yang bujang.
>Sekiranya mereka telah berkahwin, biarpun dilakukan sekali ketika hidupnya,
>mereka hendaklah direjam dengan batu sehingga mati.
>
>Demikianlah hukuman yang disebut dalam hadis-hadis. Andainya balasan itu
>tidak dikenakan ketika hidup di dunia, apabila pasangan yang berzina itu
>mati tanpa bertaubat, mereka akan diazabkan di dalam neraka.
>
>Dalam mentafsirkan ayat al-Quran (surah al-Hijr: 44) yang bermaksud, Neraka
>jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap pintu telah ditetapkan bagi
>golongan tertentu, Ata' bin Aslam bin Safwan, seorang Tabiin yang merupakan
>seorang ahli agama yang terkenal yang diperanakkan di Yemen menyatakan
>pintu neraka yang paling gelap, panas penuh dengan seksaan, baunya
>menjijikkan lagi meloyakan ialah pintu bagi mereka yang melakukan zina
>padahal mereka tahu tentang tegahan perbuatan zina.
>
>Dalam sebuah hadis, Baginda s.a.w. ada bersabda: Wahai orang yang beriman,
>takutilah kamu akan zina, kerana akibat daripadanya ada enam perkara, tiga
>di dunia dan tiga lagi akan berlaku di akhirat. Ada pun yang berlaku di
>dunia ialah kehilangan keceriaan wajah, pendek umur dan sentiasa dalam
>keadaan susah, manakala tiga balasan di akhirat ialah kemurkaan Allah,
>balasan yang buruk, juga azab di neraka.
>
>Rasulullah menjelaskan bahawa apabila seseorang itu berzina, maka akan
>keluarlah iman daripada dirinya seumpama awan yang melindungi atas
>kepalanya, kemudian apabila ia hilang, iman itu kembali semula.
>
>Dalam sebuah hadis lain, riwayat Al-Hakim, baginda bersabda: Barang siapa
>berzina ataupun minum arak, Allah cabutkan daripadanya iman, seumpama
>manusia menanggalkan pakaian daripada kepalanya.
>
>Hadis-hadis di atas dan juga hadis-hadis lain yang tidak dijelaskan di sini
>menyatakan bahawa seorang hamba yang melakukan zina, imannya telah keluar
>daripada dirinya. Bermaksud andainya dia benar-benar beriman kepada Allah,
>dia tidak akan berzina.
>
>Persoalan yang saudari hadapi kelihatan pada zahirnya terlalu mudah.
>Berkenalan dengan teman lelaki, jatuh sayang lalu melakukan zina. Pelbagai
>alasan dikemukakan, kerana menjaga hati, kerana terlalu cinta dan
>sebagainya. Sebab yang sebenarnya ialah kerana pada diri saudari sendiri
>pun ada nafsu untuk berbuat demikian.
>
>Apabila seseorang itu telah terjebak dengan zina, dia akan ketagih dan
>sentiasa terangsang. Tidak ada sesuatu pun yang hendak ditakutkan,
>lebih-lebih lagi sekiranya kedua-dua pihak pandai menyimpan rahsia, tidak
>mengandung dan tidak ditangkap basah.
>
>Walaupun demikian, sekiranya seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah
>dan memahami hukum syariah, dia akan memahami bahawa zina itu adalah
>termasuk dalam salah satu dosa besar yang membinasakan.
>
>Sekiranya seseorang itu terlepas daripada balasan dunia, kerana
>undang-undang itu tidak dilaksanakan, tiada undang-undang zina atau kerana
>sebab lain, balasan di akhirat tetap sedia menanti kecuali mereka
>bertaubat.
>
>Allah berfirman (al-Furqan: 68-70): Mereka yang tidak menyembah Tuhan yang
>lain selain Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali
>dengan alasan yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan
>demikian, nescaya dia mendapat balasan dosanya, akan digandakan azab
>untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan
>hina, kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan soleh,
>kejahatan mereka diganti oleh Allah dengan kebajikan. Allah maha pengampun
>lagi maha penyayang.
>
>Setiap kali selepas melakukan perbuatan zina, saudari beristighfar lepas
>sembahyang dan membaca Yasin untuk membersihkan hati. Dalam penjelasan yang
>lain, saudari menyatakan bahawa saudari ingin bertaubat tetapi kalah dengan
>pujuk rayu.
>
>Berdasarkan kenyataan ini, saya mengambil kesimpulan bahawa saudari tidak
>dapat membezakan antara beristighfar dan bertaubat. Beristighfar bererti
>memohon keampunan dan bertaubat pula bererti menyesal dan tidak mengulangi
>perbuatan dosa yang lalu. Hakikatnya beristighfar itu adalah bertaubat.
>
>Perlu difahami bahawa diterima atau tidak taubat seseorang hamba adalah di
>luar keupayaan manusia untuk memutuskan. Manusia tidak mampu memberi neraca
>timbangan.
>
>Walaupun demikian adalah diyakini bahawa antara tanda-tanda taubat
>seseorang itu diterima Allah ialah dia tidak akan mengulangi dosa itu
>berulang kali. Antara tanda-tanda taubat seseorang itu tidak diterima Allah
>ialah seseorang itu bertaubat, atau memohon keampunan, tetapi mengulangi
>dosanya.
>
>Inilah di antara tanda-tanda taubat yang tidak diterima Allah. Amalan
>seperti ini tidak ubah umpama mempersendakan Allah atau apa yang
>diistilahkan sebagai istihza.
>
>Saudari tahu zina itu berdosa. Allah memberi ancaman tentang balasan di
>dunia dan akhirat. Setiap kali selepas melakukan zina saudari membaca Yasin
>dan bertaubat, kemudian mengulanginya.
>
>Dalam tempoh lebih kurang setahun mengenali teman lelaki yang saudari
>kasihi sangat-sangat itu, saudari telah melakukan perbuatan zina lebih
>daripada sepuluh kali. Ia satu bilangan yang bukan sedikit dan berlaku
>dalam tempoh setahun pula.
>
>Kata-kata saudari tentang ``takut azab Allah'' hanya mainan lidah sahaja
>iaitu ketika timbul rasa kesal setelah berzina. Saudari pada hakikatnya
>tidak pernah takutkan Allah.
>
>Ketika menapak menemui kekasih saudari, saudari dipujuk rayu dan
>terus-menerus menyerahkan kehormatan diri untuk melakukan maksiat.
>Sesungguhnya mainan lidah dan gerak laku manusia itu adalah dua perkara
>yang berbeza.
>
>Perilaku manusia adalah hakikat diri yang sebenar. Saudari faham bahawa
>apabila setiap kali berjumpa teman lelaki akan memujuk rayu dan saudari
>akan menyerah kalah. Kerana itu, kalau saudari benar-benar tidak mahu
>melakukan zina dan takut azab Allah, saudari mesti mengelakkan diri
>daripada berjumpa dengannya.
>
>Saudari terlalu berkeinginan menjadi manusia baik seperti orang lain. Untuk
>menjadi baik ketika menghadapi masalah-masalah seperti yang saudari hadapi,
>segala-galanya bergantung pada diri sendiri. Balik ke pangkal jalan dan
>jangan melakukan maksiat lagi.
>
>Memang benar dalam keadaan seperti ini tidak mudah saudari melepaskan diri
>daripadanya. Terasa maruah diri dalam genggamannya. Menjadi seumpama kelapa
>telah ditebuk tupai. Sukar untuk mencari lelaki lain. Saudari di
>persimpangan antara kasih, ketagih, nafsu, maruah diri dan kekangan berumah
>tangga.
>
>Lelaki yang baik memerlukan perempuan-isteri yang baik. Dalam keadaan
>bergelumang dosa, saudari perlu mempunyai maruah diri. Tanya secara terus
>terang sama ada teman saudari itu ingin memperisterikan saudari atau
>semata-mata melepaskan nafsu sahaja.
>
>Lebih baik dikenal pasti hasratnya yang sebenar dari awal lagi daripada
>saudari ditinggalkan begitu sahaja setelah puas dia menguliti saudari dan
>badan dimamah usia.
>
>Lelaki yang benar-benar ingin menjadikan teman perempuannya sebagai isteri
>akan memelihara dan menjaga bakal isterinya itu sebaik mungkin dan
>menjauhkan diri daripada melakukan zina.
>
>Jangan jadikan amalan zina ini tiket berkahwin, ditakuti kalau-kalau
>saudari bertemu dengan teman lelaki yang merosakkan orang lain tetapi dia
>sendiri mahukan perempuan yang suci dan tidak ternoda untuk dijadikan
>seorang isteri.
>
>Di antara dosa zina dengan penerimaan ibadah sembahyang, puasa dan lainnya
>adalah dua perkara yang berlainan. Ketahuilah bahawa zina adalah termasuk
>dalam dosa besar. Di akhirat kelak, segala dosa dan pahala manusia akan
>ditimbang.
>
>Sekiranya dosa ternyata banyak, hamba berkenaan akan dimasukkan dalam
>neraka, tetapi akhirnya dia akan dimasukkan juga dalam syurga andainya dia
>tetap mengaku Allah itu Tuhannya, dan Muhammad itu rasul-Nya.
>
>Orang yang melakukan ibadah sembahyang dan puasa dengan cukup syarat akan
>diterima Allah amalannya dan diberi pahala. Namun sekiranya dia banyak
>melakukan dosa, termasuk dosa-dosa besar seperti zina, maka pahala ibadah
>tersebut akan hanya menjadi penebus dosa-dosa tadi.
>
>Walaupun demikian, orang yang benar-benar sembahyang dan diterima Allah
>sembahyangnya tidak akan melakukan kejahatan dan kemungkaran termasuk dosa
>zina kerana sembahyang mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan
>kemungkaran.


------------------------------
http://www.um.edu.my

Read more...

Zina? What does it Mean???

Soalan:


Perkataan zina itu memang selalu di dengar, tetapi bila kah ianya di sabitkan sebagai zina? Adakah perbuatan itu di panggil zina jika hanya zakar bergesel di atas faraj tanpa memasukkan zakar ke lubang faraj( tanpa hilang dara) atau memasuki zakar kedalam lubang faraj hingga hilang dara?



Jawapan:


Zina ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).

Jangankan untuk bersentuhan, apa-apa yg boleh membawa kepada perbuatan zina harus dijauhi, seperti tangan menjauhi bara api.

Apabila berkhalwat diharamkan, maka bersentuhan lebih-lebih lagi ianya maksiat dan haram. Kalau sudah sampai tahap berzina, tentu akibat, dosa & balasannya lebih keji lagi.

Islam mempraktikkan kaedah pencegahan yang terbaik iaitu dengan MENUTUP PINTU-PINTU kemaksiatan, tidak sekadar menutup kemaksiatan itu. Sebab itu dalam al-Quran dinyatakan “Jangan MENGHAMPIRI zina”. Tidak “Jangan berzina”. Maksudnya, apa saja yang berupaya mengarahkan manusia ke arah kemaksiatan dan kerosakan, Islam mencegahnya dari awal. Inilah kaedah pencegahan terbaik. Hal ini menunjukkan sikap berhati-hati agama Islam yang tidak ada pada agama lain.

Sesiapa yg sudah terlanjur, kembalilah bertaubat kepada Allah, mudah-mudahan di beri keampunan, taufik & hidayah.

Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani. Selagi nyawa dikandung badan, pintu taubat masih terbuka. Jangan sia-siakan setiap saat yang diberi Allah. Kalau ajal sudah sampai, tertutuplah pintu taubat, sejuta sesalan tidak akan berguna lagi.

Read more...

~Zina MATA~

Apakah maksud zina melalui mata?
adakah pembacaan web2 sex @ blue juga di kira sebagai zina?

~Ain~


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudari Ain,

Didalam Kitab Hadith Sahih al Bukhari ~ # 72. Kitab Izin – Halaman 968 – Bab 5. (Apa yang dikatakan mengenai penzinaan anggota tubuh badan selain alat kelamin?)

Hadith # 2061. Di riawayatkan oleh Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu (diatas perwakilan Abu Huraira Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam telah bersabda : ” Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menulis untuk anak Adam bahagian penzinaan yang ia lakukan secara sedar ataupun tidak. Penzinaan mata adalah pandangan (memandang sesuatu yang diharamkan), penzinaan lidah adalah percakapan (yang mendorong kepada maksiat) dan nafsu dalaman dan keghairahan didalam jiwa yang di perakui atau dibantah alat kelamin seseorang!”

Dari huraian hadith tersebut di atas, jelaslah sudah bahawa perbuatan manusia yang memandang sesuatu yang diharamkan bagi kita menurut garis panduan dilarang kita memandang aurat mereka yang tidak halal bagi kita.

Bilamana kita secara rela memandang sesuatu pendedahan aurat orang lain atau perbuatan mereka yang dirakam dan didedahkan didalam klip video atau rakaman di laman laman web sepertimana yang Saudari Ain tanyakan itu, maka sudah terang lagi bersuluh akan kesalahan zina melalui mata seperti diterangkan didalam hadis di atas.

Sadaqa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Terpulang kepada kita untuk memutuskan samada kita hendak menyalahgunakan nikmat penglihatan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada kita dijalan yang diredhai Nya atau memandang perlakuan haram seperti didalam video video lucah dsbnya.

Tanggung lah natijahnya jika berani.

Read more...

~Akibat ZINA~

Balasan Zina


ZINA adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar.



Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya.

Firman Allah, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk.” (Surah al-Isra’, ayat 32).

Thabrani Ibni Abbas meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.”

Buruknya padah dan balasan orang melakukan zina di dunia diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Rasulullah SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk.

Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.

Rasulullah SAW diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.

Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.

Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.

Rasulullah SAWV ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.

Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina, hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.

Firman Allah, yang bermaksud: “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin.” (Surah an-Nur, ayat 2)

Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar, ayat 53).

Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: “Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Surah al-Hijr, ayat 56).

Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.

Read more...

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP